Tips Detik Detik Akhir Pelajar SPM

Assalamualaikum, Salam Espiyem.

Since saya adalah one of the student SPM tahun lepas, yang makan cadburyy dulu sebelum adik adik sekolah menengah sekarang,

MEH RAPAT RAPAT HAKAK NAK PAYUNG TIPS SIKIT !
sebelum semua tips ni hilang daripada kepala akak. huhukk

  • First and foremost, do not ever give up. Jangan mudah putus asa and adik adik kene sentiasa berusaha selagi last paper adik belum sampai di tangan pengawas peperiksaan. WALAUPON masa tu adik rasa adiklah student yang paling bodoh tak pandai among kawan kawan adik. Usaha dulu, then baru tawakkal okey!
  • Banyakkan study group. But akak sarankan ajak tidak lebih 5 orang sebab ramai ramai kebiasaannya akan kelaut. Kenalpasti kawan kawan adik yang mahir dalam sesuatu subjek and biar dia terangkan. Memang menjadik lah. TAPI ingat! kalau ada orang yang mintak adik ajarkan something, akak mohon jangan kedekut and please bersyukur ada orang sudi belajar dengan kita. Tak hilang 0.001% pon ilmu kita malah kita akan lebih ingat. Keredaan Allah swt pon dapat kan? ;)
  • Jangan stress! Jangan belajar 25 jam sehari sampaikan kita tak boleh muat benda lain selain SPM SPM SPM ! Kalau dah tak boleh masuk rehat dulu, buat benda benda boleh release stress, tarik nafas, ambik angin dan lain lain. Stress make thing worse. Tak ada gunanya jugak kan?
  • Dekatkan diri dengan Ilahi. Sentiasa solat sunat hajat, baca alQuran, berdoa and jangan buat perkara yang boleh membuatkan kita jauh dengan Allah swt. REMEMBER, sebijak mana pon someone tu, bila Allah say 'NO', adik tak akan dapat.
  • Banyakkan buat baik and mohon restu mak ayah, cikgu dan kawan kawan. Kalau boleh mintak maaf dan minta mereka doakan kejayaan kita. Ini penting sebab keredaan Allah swt terletak kat keredaan mak ayah kita kan? 
  • Do a lots of exercise of course terutamanya siapkan koleksi soalan SPM tahun tahun lepas. Malas ulas banyak sebab masing masing tahu kan kenapa.
  • Forget about all media social untuk sementara waktu. Macam akak dulu, akak berhenti post whatever it is on Instagram, Wechat and Facebook. Akak even tak like, tapi still scrolling and stalking of course uhuk uhuk
  • Jangan sesekali ponteng kelas or seminar yang pihak sekolah anjurkan. Mana tahu ada bocor soalan ke dapat skema jawapan ke hahaha tak la selalunya cikgu akan share benda benda yang dijangka akan keluar, so rugilah kalau kita tak dapat semua tu kan.

So, kesimpulannya akak doakan adik adik yang sedang dan akan menghadapi SPM, terutamanya kepada my own brotha, Umar walaupon dia tak akan baca entry aku, wish uols best of luck, kipidap, dongibab and duyorbest. Tahan sikittt je sayang, lepas ni dah tak jumpa dah SPM.

Anddd, enjoy every moment adik ngan kawan kawan sebab tak lama lagi adik adik akan follow haluan masing masing dah. yeah, I miss every moment I spend with my friends :'(


akak payung muka muka dak dak study last minutes kawan kawan akak masa seminar SPM. i miss you girls so much.
location : Dewan SMK Kamil

Mee Celup Golok Ketereh Kelantan

Assalamualaikum dan selamat menternak lemak.

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang menarik, murah, sedap, terkenal, berbaloi. Iaitu Mee Celup Golok yang terletak di Kampung Tok Akil, Ketereh, Kelantan.Sebelum ni diorang bukak kat Kok Lanas tapi disebabkan kedai kecil, parking susah dan tak selesa, diorang berpindah ke Ketereh, dalam 5 minit je dari kedai asal. Thanks Cik Sya sudi bawa classmate daripada Kota Bharu pergi Kok Lanas semata mata nak penuhi selera kengkawan dia. huhu



Kedai ni saya berani katakan salah satu tarikan penduduk Kelantan dan orang luar yang datang Kelantan berpeluang nak rasa makanan Kelantan. Kalau kat luar ada makanan macam mee sup atau mee kuah kan? Kalau di Kelantan kami gelarkan makanan ni sebagai Mee Celup.



Apa yang special?
  • Menyediakan mee, kuey teow, bihun, maggi, dan nasi air.
  • Harga semangkuk bergantung lauk pauk yang kita pilih. Kita boleh pilih makanan dengan serendah RM3.00 sahaja! Ada pelbagai jenis lauk iaitu ayam, daging, perut lembu, meatball(chambor), telur separuh masak dan boleh campur.


Ni tambahan perasa yang disediakan. So atas kita la nak letak banyak mana perasa mengikut selera kita. Nak pedas letak sambal, lada jeruk. Nak lebih rasa letak kicap. Suka kacang boleh letak serbuk kacang banyak mana kita suka.

Saya? Of course dipenuhi dengan kacang :D

  • Nasi putih juga disediakan bertemankan lauk seperti sup ayam, sup daging, sup perut lembu, sup tulang, telur mata dan telur dadar. Nak campur pon boleh!
  • Di sini menyediakan 3 jenis air dengan 3 warna berbeza iaitu teh tarik madu(kuning), teh tarik madu hijau(hijau), bandung tarik madu beng(kuning). Air batu kosong disediakan secara percuma.


Rasa dia? Pergh memang tak menyesal punyalah kalau datang. Bestt Burpp! Alhamdulillah licin mangkuk hahaha :D

Kedai ni memang best+famous, tak pelik la kalau sentiasa ramai orang. Kadang kadang terpaksa tunggu giliran untuk dapat meja kosong. Saya datang pukul 2, masa baru nak bukak pon dah ramai orang menunggu.

Lokasi?
Alamatnya adalah Lot 6798, Kampung Tok Akil, Ketereh Kelantan atau lebih mudah follow je peta:

Senang sangat nak cari lokasinya sebab kat cabang tu diorang da letak banner diorang sendiri.

Waktu operasi?
Kedai Mee Celup Golok beroperasi setiap hari KECUALI HARI SELASA, pukul 2pm-10pm.
Tapi nak lebih selamat korang boleh search Facebook Mee Celup Golok, diorang sentiasa update diorang bukak atau tak.

Nak contact macam mana ye?
Facebook- Mee Celup Golok
Instagram- meecelupgolok
No tel- 017 7213440/017 9716077

matrikulasi kelantan


saya dapat rasakan pelajar SPM batch 97 mostly sedang menghadapi dilema pasal nak lanjutkan pelajaran kan. same laa kiteee :D

so, keputusan ke matrikulasi baru je keluar right? so how? me? alhamdulillah :D



so macam mane huda? nak pergi tak?

yes saya mengaku dulu saya nekad tak nak sambung belajar kat matrikulasi sebab selalu dengar senior asyik komplen susah la, kalo dapat sikit kene campak sesuka hati la. it just like a nightmare. tapi saya tetap apply sebelum SPM tahun lepas sebab kaunselor mewajibkan kitorang apply.

bila check,
ya Allah hahahaaha!
MATRIKULASI KELANTAN!
i just cant stop laughing at that time. duduk atas bumbung rumah saya pon dah nampak bumbung matrik hahaaha *okey tipu sikit

tapi siyes, dekat gileee wehh! kalo daripada rumah sekarang about 15minutes je, tambahan kalo kitorang pindah rumah baru nanti. then segala hasrat dan cita cita yang kononnya taknak masuk matrik mula goyah.
kalo aku dok dekat nak balik pon senang, tak payah sedih sangat, nak pergi by my own pon boleh, nak balik nanti puasa, raya. dah la kelantan aku dah hidup 18 tahun, so takdenye nak jalan jalan kenal tempat bagai. second batch weyy!

mungkin jugak sebab Allah makbulkan doa saya. yelah mase kecik dulu pernah cakap nak masuk matrik then nak sambung USM kubang kerian je sebab tak nak keluar dari kelantan. few days before result pon lalu depan matrikulasi kelantan dengan kakak keluar jugak la, camne eh kalo dapat matrikulasi kelantan? kata kata tu kan doa ;)

so, saya dah decided kalau saya tak dapat IPG, mungkin saya akan daftar matrik ni 24 Mei. tapi kakak kawen 5 jun ni? sokay dah check kalendar hari jumaat kan? pulang bermalam la. kalau tak dapat balik pon saya nak usaha jugak biar boleh. gile ke kakak sulung nak balik aku takde, sumayah dari mesir pon balik rela ponteng kelas.

tapi saya mengaku la saya ni pemalas, mungkin saya nak mintak untuk program 2 tahun, we see. abah pon ade cakap matrik ni susah. but for me the big dream start with little step right? ade je orang dapat tinggi kat matrikulasi ni. set our mind gaiss!

tapi ni hanya plan je, tapi konfem lagi. tapi i already click 'accept, kihkihkihh :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...