Nasi Kertas Kok Lanas Kelantan

Assalamualaikum dan hai :D

Kali ni Huda nak share satu lagi tempat makan menarik kat Kelantan. Ramai yang tahu kat Kelantan ni kami suka makan nasi berlauk. Dan Huda baru tau yang rupa-rupanya luar negeri Kelantan agak jarang bungkus nasi guna kertas/surat khabar kan? Kebanyakkannya guna polisterin atau bekas plastik. Patut la masa Huda study kat UPM dulu kalau nak tapau nasik tak guna kertas, guna bekas plastik.

Dan sebab tu jugak kedai Huda nak bagitau uolls ni bernama

KEDAI NASI KERTAS KOK LANAS

Hari tu Huda pergi ambik adik-adik kesayangan Huda kat Sekolah Menengah Sains Machang. Otw balik tu perut mintak diisi pulak, baru teringat Huda belum try kedai Nasi Kertas, memang tak menyesal sebab kat sini memang sedap! Kene dengan perut yang tengah meradak kelaparan



APA YANG SPECIAL KAT KEDAI NASI KERTAS NI?
Special nya sebab kat sini ada jual banyak lauk pauk yang menjadi kegemaran orang Kelantan. Orang selalunya datang sini samada nak breakfast or lunch. Fuhh memang jeliro. Antara lauk yang pemes kat sini Nasi Kak Wok,(ayam goreng kecik-kecik dan kuah gulai) dan ayam kampung madu.



Menu air kat sini pon semua best-best, yang jadi feveret Huda mestila Green Tea [baca sini] 

Umi kantoi nak curi lauk :P

Satu lagi Huda suka sebab suasana kedai ni. Luas, hipstur, selesa, bersih even kedai ni terletak betul-betul tepi jalanraya besar. Pekerja kat sini pon baik-baik, mesra. Hari tu Huda order green tea tapi dia hantar air laici. Huda cakap la, "saya nak air green tea" Pekerja tu terus mintak maaf and make a new one for me.

HARGA?
Harga makanan kat sini memang berpatutan! Sebungkus nasi Kak Wok hanya RM3.50 even lauk banyaaaak! Nasik umi, ayam kampung madu tambah keli sekor hanya RM7! Berbaloi sangat, dah la sedap, murah pulak tu

LOKASI?
Nak cari kedai ni adalah super senang. Kedai ni terletak betul-betul depan Petronas Kok Lanas, dekat dengan traffic light jalan Selising-Machang-Kok Lanas. Diorang dah pasang banner besar-besar, tak sempat sesat dah jumpa.

WAKTU OPERASI?
Huda tak sure bila hari yang dia tutup, tapi even Jumaat pon kedai ni beroperasi jugak. Mungkin setiap hari kot. Seawal 8.30 pagi hingga 3.30 petang habis lauk :P

CONTACT?
No tel: 012-2566123 (in case korang nak tanya bukak ke tak atau nak buat tempahan)
Instagram: nasikertaskoklanas
Facebook: Kedai Nasi Kertas Kok Lanas

So, Huda suggest kalau uols nak datang Kelantan and nak try makanan pemes kat sini, kedai ni adalah salah satu tempat yang tepat. Sesuai dengan moto kedai ni, Masakan Asli Kelantan ;)

Cara buat jagung bakar

Assalamualaikum and hai gaisss :D

Alhamdulillah Huda sekarang selamat melangkah ke Semester 3, bermakna tinggal 2 tahun lagi sebelum Huda dapat kawen menamatkan pengajian diploma yeayyy!

Okey back to the title, hari tu Huda dan keluarga tercinta singgah Cameron Highland, so abah beli agak banyak jagung. So Huda terfikir nak buat jagung bakar, biasanya kat Kelantan jual RM3 sebatang, tapi frust sebab tak sedap :'( Susah nak cari jagung bakar sedap nih.

Huda godek-godek google, curik resepi daripada blog ABM, senang jeh rupanya.

BAHAN BAHAN
(5 tongkol jagung)

5 tongkol jagung

Maafkan si peneman setia Huda, Abang. Dia takut Huda sunyi sebab tu dia teman Huda kat dapur huhu

bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.

Ni versi Huda, macam selalu, motto masakan Huda, biar rupa buruk asalkan rasanya sedap :P

Huda siap buat video lagi, eksited sangat mungkin. Senang je kan? Jum buat!



Betel Valley Steamboat & Grill Kota Bharu

Assalamualaikum dan selamat mengejar lailatuqadar semuaa :D Kali ni, Huda nak share satu lagi tempat makan best kat Kelantan.

Adakah anda inginkan restoran yang mewah tetapi harga yang berpatutan?
Nak makan steamboat dan grill sampai pecah perut dengan harga yang sama?
Mencari tempat untuk berbuka puasa?

Huda ada lokasi yang tepat untuk semua tu, iaituuuu ....................

Betel Valley Steamboat & Grill Kota Bharu!
Restoran ni makan secara bufet, steamboat dan grill ala ala korean gitewww

Memperkenalkan, Skuad Lapar Huda :
Huda, Adam, Nazirul

Ciksya, Tie, Mikkah!

Kitorang ditugaskan untuk discover restoran ni, dan hasilnya, thumbs up! Meh Huda share kenapa kitorang bagi thumbs up untuk restoran ni.


Apa yang special kat Betel Valley ni?
First of all, mestilah sebab Steamboat dan Grill. Memang sedap! Kita makan secara bufet, bayaran pon murah je, pastu makan sampai pitam  :P

Aneka steamboat yang disediakan. Ada udang, sotong, ayam, daging dan paling penting ada kambing mbekkkk!!

Sayur jangan lupa tau, good for your digestion!

Oh ya, kita kena jadi cheff sendiri okey! Goreng dan rebus by our own. Rebusan steamboat tu kita boleh pilih nak sup or tomyam.

Tak lengkap makan grill tanpa sos kan?

Aneka dessert. Fruit or kuih muih?

Hot or cold? Why not both? :P

Sampai sekarang Huda still wonder dia buat maca mana koktail sedap dan berlemak tu. Tsskk T_T btw yang belakang tu mesin dan bahan nak buat ABC, DIY style jugak okey?

Aneka aiskrim sodappp! RIP diet.

Harga?
Harga bagi Huda, okey la. Sempena Ramadhan dewasa RM29 kanak-kanak RM14. Berbaloi sebab makan secara bufet, selagi Huda rasa RM29 tu mahal, selagi tu Huda makan. Eh? hahaha Okey sangat da kalau nak kira, dengan steamboat, seafood like udang sotong ikan. Kalau grill ada kambing ayam daging. Pastu dessert buah, cake, ABC, aiskrim. Nak ape lagi haa

Lokasi
Pt 345 & 346 Rumah Kedai Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Ala dekat dengan Tesco, dekat dengan Terminal Bas, dekat dengan Aeon Mall Kota Bharu. Senang sangat nak carik.

Waktu operasi?
Beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad, pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

Contact?
Untuk tempahan:
Tel: 09-747 0623
Emeil: betelvalley@yahoo.com
Facebook : Betel Valley Steamboat & Grill Restaurant

Sapa-sapa lagi warga Kelantan yang belum try sini, korang wajib singgah sebab memang tak menyesal sehinggalah korang sedar korang dah gemuk gedebok kihkihkih

datang dengan Skuad Lapar 2.0 pon masih tidak mengecewakan.

Panduan Mendaki Bukit Kluang, Besut, Teregganu


Assalamualaikum dan selamat berpuasa semuanyaa.. Kali ni Huda nak share tips and panduan nak daki Bukit Kluang bagi hakak-hakak dan abang-abang yang belum tahu atau konfius. Maklumlah selama ni belum pernah daki bukit, sibuk sangat ternak lemak atas katil ye *macam cakap kat diri sendiri je --''

Bukit Kluang ni terletak kat Besut, Terengganu. So kalau uols datang melawat Terengganu@Kelantan, uols datang la Bukit Kluang ni. Free je! Kalau uols sayangkan hasil ternakan lemak uols, uols boleh pergi pantai Bukit Kluang yang siyes cantik sangat! So, sape-sape yang nak hiking plak meh Huda nak share panduan daki Bukit Kluang agar urusan uols nanti dipermudahkan Insyaallah :)

1. PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI
Sesuai macam mana? Pakai kasut, sebab takut time daki tu tanah licin, tambah pulak kalau hujan. Second time Huda daki, malam tu hujan lebat, sampaikan otw kitorang daki ada pokok tumbang tengah jalan. Agak bahaya. Pakai stokin, takot kaki melecet. Pakai baju cotton, dan seluar slack, serap peluh dan tak panas. Oh Jangan lupa baju yang menutup aurat dan memenuhi syariat Islam tau ;)
Contohi kami.

2. SEDIAKAN PERALATAN SECUKUPNYA
Untuk mendaki, Huda suggest bawak 2 perkara je, kain buat lap peluh time mendaki peluh banyaak keluar, macam dah mandi peluh da and air masak kalau nak hipster sangat bawak air starbuck, untuk gantikan peluh yang keluar dan menghilangkan dahaga yang amat. Dan disarankan masing-masing bawak air masak sendiri agar tak menyusahkan orang lain. Orang lain penat-penat bawak air masak, kau sesedap je minum kan. Dan kalau boleh jangan bawak banyak sangat barang, nanti beg uolls akan berat, leceh time mendaki nanti ;)
Muka lega dapat minum air. Huhuk

3. BUAT SENAMAN SEBELUM MENDAKI (WARMING UP)
Senaman ni bertujuan melonggarkan otot-otot kita supaya diorang tak terkejut kerana sedar dari mimpi lena terus buat aktiviti berat, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, dan mengelakkan daripada kecederaan semasa mendaki. Bila tiba kat Bukit Kluang, kita kena jalan kaki dalam 10 minit untuk sampai kaki bukit or starting point. Tak mendaki lagi dah berpeluh hahaha tapi okey la. Sampai kat kaki bukit boleh terus buat streching. Ni penting tau jangan pandang sebelah mata!
Walking like there is no ending kbye.

Perhatikan orang di belakang Huda.

Lets start our journey! Tapi jangan lupa doa dulu untuk keselamatan bersama tau!

4. SAFETY FIRST DAN BEKERJASAMA SEMASA MENDAKI
Daki Bukit Kluang takde la mencabar macam daki Gunung Kinabalu, tapi letih tu boleh tahan jugakla. Kalau lelah or letih, berhenti. Banyak jugak pondok ada kat atas Bukit Kluang ni. Kalau letih time takde pondok rehat, duduk atas tanah juga memadai.

 Bukit Kluang ni agak senang sebab dah ada laluan, or track untuk kita lalu. Jadi agak mustahil untuk sesat. Kalau part yang agak cerun, dia buat tali untuk kita bergantung harapan agar tak jatuh. Walaupun cerita Wonderpets dah takde, tapi KERJASAMA antara team kene ade. Time awak nak jatuh saya pegang, kalau saya nak jatuh awak pegang, kalau dua-dua nak jatuh kita jatuh bersama-sama.

Tapi jangan risau segala keletihan dan peluh akan hilang bila kita tiba atas puncak Bukit Kluang indah yang amat! Lebih-lebih lagi time sun rise or sun down. Cantiiik! Subhanallah, itu Allah yang punya.
Eh hai papparazzi

Petanda arah, senang skit nak terbang lepas ni.

And you know u're about to finish when you see.....
TANGGA!

Even dah nak sampai tetap kene hati-hati tau!

5. JAGA KEBERSIHAN DAN ALAM SEMULAJADI
Ha! Ingat mencemarkan alam sekitar ni tak berdosa ke? Mohon jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata, botol air ke, plastik ke, tolong bawak  turun or buang dalam tong sampah atas bukit tu. Jangan sebab kita orang lain susah. Jangan rosakkan harta benda atas bukit, naik bukit da free tapi tak reti nak bersyukur. haa kan da kene bebel.

6. BERISTIREHAT
Lepas penat mendaki, kita boleh berehat kat Pantai Bukit Kluang! Cantik sangat pantai dia. Banyak aktiviti jugak boleh buat kat sini. Antaranya:
Mandi-manda


Naik Banana Boat! Huda naik bende ni rilek je, takde la mencabar sangat. Tapi kalau ajak naik sekali lagi terima kasih je la hehehe...

BBQ dan picnic di celah-celah batu belah batu bertangkup! Jangan risau korang tak akan ditelan huhu


Buat photoshoot ala ala hipsturr gitteww. nak buat pre-wedding kang tak sampai seru lagi :P

So, uols tunggu apa lagi? Jom bakar lemak-lemak yang ada dengan mendaki Bukit Kluang sekarang jugak!



Fakta mengenai pembukaan AEON Mall Kota Bharu

Sebenarnya, AEON Mall Kota Bharu dah sebulan dah bukak, Huda je baru sempat nak update entry. Ni pon sebab Huda dah start cuti sem 2 bulan, insyallah Huda akan update entry yang Huda kumpulan sebelum ni ;)

Hope korang enjoy fakta yang membosankan mengenai pembukaan AEON Mall Kota Bharu :D

1. AEON Mall Kota Bharu bernilai 300juta dan merupakan syarikat AEON pertama di Kelantan malahan di Pantai Timur. Merupakan kompleks keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 1.3 juta kaki persegi (120,774 meter persegi) dan menawarkan sejumlah 178 lot kedai. Tempat letak kereta pon agak besar, hingga muat 2400 buah kereta. AEON Mall Kota Bharu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan sehingga 1000 orang. Alhamdulillah :) [Sumber Utusan]



2.  Pembukaan AEON Mall Kota Bharu dirasmikan pada 28 April 2016 pada pukul 8 pagi tetapi malam pembukaan tu dah ramai orang tunggu depan pintu masuk, semata-mata nak rebut promosi yang ada. Pada hari pembukaan AEON Mall Kota Bharu, bandar Kota Bharu jammed yang amat. Selalunya dari Kota bharu nak pergi Pengkalan Chepa 15 minit je, hari tu sampaikan 2 jam --'' Lama jugak nak hilang musim jammed, makan masa seminggu jugak la. Kena mengaku orang Kelantan agak kemaruk sebab kami tak pernah rasa wujudnya mall sebesar ini. HAHAHA




3. Bertempat di Lembah Sireh, berhampiran terminal bas Kota Bharu, Tesco Kelantan dan sebagai salah seorang pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu cawangan Lembah Sireh (KPTMKB), adalah menjadi satu kebanggan bagi Huda apabila AEON Mall Kota Bharu dibuka betul-betul hadapan KPTMKB, hanya jalan raya yang memisahkan. Tolong doakan duit-duit pinjaman MARA yang akan terbang nanti :'(



4.  AEON Mall Kota Bharu kali ni sangat romantik sebab menggunakan tema Sakura, acah-acah ada kat Jepun. Tapi cantik sangat diorang hias *thumbs up



Disebabkan Huda tak sempat nak ambik gambar sangat dengan sakura yang ada, Huda ciplak gambar girlfriends Huda. Thank you Yaya, Beela, Hana, Yoe muah muaah :*







5.  Banyak syarikat yang buat promosi gempak gilaaa, contohnya H&M buat promo 200 pelanggan pertama dapat totebag H&M dan voucher, 3 lucky draw dapat RM500, RM200, dan RM100! RM50 dia kasik jugak, lupa da brape orang.



Harold's Bread buat promosi kalau beli atas daripada RM10, dapat air kopi percuma! Huda kenot betul la dengan makanan or minuman percuma nih haihhh



Habis je listening test, Huda, Mikkah dan Yana terus serbu AEON Mall Kota Bharu, bawak skali lah buku-buku kuliah, disebabkan terlampau excited tak boleh tunggu. Listening test pon tak boleh nak fokus sebab teringatkan AEON je k tipu je



Padini jugak buat promo gempak gilaaaa! Tapi sayangnya hanya untuk 4 hari sahaja T_T Que nak bayar punya laa panjang, maka beraturlah dengan penuh kesabaran.



Percaya atau tidak, Boat Noodles buat makan free selama dua hari tau! Ala ala doa selamat gittew. Sebelum ni ramai orang luar cakap Boat Noodles ni best la, Huda try lah. Hmm mungkin tak kena dengan lidah Huda kottt. Part paling lawak kitorang order menu yang murah-murah je sebab nak jimat, last-last dapat tau hari tu makan free. Lahai ruginyaa


AEON punya promo tak kurang hebatnya. A pair of shoe only RM39? Cantik pulak tu, Huda beli sepasang untuk pakai dinner malam tu. huhuk Bukan stakat kasut je diorang buat promosi, baju ada, seluar ada, beg, skirt, ahh macam-macam lah!




6.  Banyak syarikat-syarikat buka cawangan mereka yang pertama di Kelantan setelah munculnya AEON Mall Kota Bharu ni. Antaranya PappaRich, Black Canyon, Nando's, Big Bob Burger and Coffee, Kaison, Dapur Penyet, Harold's Bread, Boat Noodles, Daiso, dan banyak lagi lah. Huda yang ibarat katak bawah tempurung ni macam "laa wujud dih keda gini" Contohnya PappaRich, BACA SINI

Huda da try Boat Noodles for the first time yeayy!


7.  Kalau dulu, Kelantan ada KB Mall je, sekarang KB Mall dah ada pesaing sengit, iaitu AEON Mall Kota Bharu. Sekarang KB Mall agak sunyi, tapi KB Mall still ada syarikat yang AEON Mall Kota Bharu takde, contohnya McDonald, Seoul Garden, dan Big Apple. Sehinggakan rakyat Kelantan buat cerpen bertajuk 'Luahan Hati KB Mall'. Hahaha nakal laah



8.  Dulu memang ada syarikat wayang nak buat kat AEON Mall Kota Bharu, tapi tarik diri disebabkan syarat yang terlalu ketat. So, Kelantan masih lagi kekal sebagai negeri tanpa panggung wayang. Tak tau nak sedih ke nak gembira.

Sumber Oh Media


Tbh, Huda tak sangka pembinaan AEON Mall Kota Bharu yang besar tu boleh disiapkan dalam tempoh setahun atau kurang. Sebab masa Huda daftar KPTM dulu, akhir bulan 6, tapak AEON tu hanyalah padang pasir. Tengok, akhir bulan April dah mula operasi. So, Huda dah lali dengan penampakan abang Bangla, tapi setakat ni Huda takde dengar bangla-bangla ni buat hal. Kadang-kadang rasa sayang sebab orang melayu terlalu memilih kerja. Rugi, peluang ada tapi ....

Sekian fakta yang tak berapa penting. Saya, Nurhuda, melaporkan untuk Astro Awatni. Eh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...