Merdeka vs Trial SPM

heyyy ! okay saya mintak maaf bebanyak sebab lama menyepi. Faham faham lah tahun SPM kan, jadi terlalu sibuk. Time sekolah tak online pon sebab tak boleh bawak lappy, time cuti lagii laa bizi. Nak melancong, tengok tv, gaduh ngan adik beradik, makan, dll . *bukan bizi study ponggs !

tapi insyaAllah lepas tamat je SPM kari jemari saya akan kembali beraksi , ni pon dah jari gatai buat satu entry even minggu ni sebenarnya minggu trial T___T

siyes tak study langsong , padahal trial ni penting jugak kan kan kannn. Adik adik yang kakak sayangi mohon jangan contohi sikap tak senonoh saya ni.

Hari Khamis lepas saya baru je habis exam sejarah , ada satu soalan KBAT yang diutaraka berbunyik lebih kurang :
Pada pandangan anda, sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai di negara kita?

jadi, ni jawapan saya mampu bagi :
  • BAGI MENGHARGAI JASA PEJUANG PEJUANG NEGARA YANG BERUSAHA MENCAPAI KEMERDEKAAN
  • UNTUK MENCAPAI NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020
  • SUPAYA MASYARAKAT BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA TANPA SEKATAN PENJAJAH
  • SUPAYA NEGARA DITADBIR OLEH PEMIMPIN YANG ADIL DAN SAKSAMA
  • KEPIMPINAN DIJALANKAN DENGAN TULUS
  • SUPAYA ADAT, BUDAYA TRADISIONAL DAPAT DIKEKALKAN SAMPAI BILA BILA
  • ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM TERUS DIUTAMAKAN DALAM SEGALA HAL

Sebenarnya banyak lagii kan . tapi tu pun dah dapat 7 isi , padahal markah 5 je.

tapi sejujurnya, saya bangga jadi rakyat Malaysia ! saya sayang Malaysia !
alhamdulillah dilahirkan di bumi Malaysia :)


doakan kejayaan trial dan percubaan SPM saya . InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...