Selamat Melangkah ke Semester 2

Maigaadd lama tak update entry even baru seminggu rasa macam setahun!

Sekarang Huda agak busy sebab Huda selamat diijabkabulkan mendaftarkan diri ke Semester 2 Diploma in Business Management Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu kampus Lembah Sireh 17 Januari hari tu. Tahun ni rasa lain sikit sebab selalunya abah akan hantar daftar, tapi disebabkan 17 hb jatuh hari Ahad, Abah tak boleh nak hantar sebab beliau kene mengajar. So, Huda dengan penuh iltizam buat keputusan pergi by my own. WARGH! Huda tak pernah sampai Kota Bharu dengan kereta manual, sensorang pulak tu. Hihik. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua :) Insyallah Huda akan cari masa untuk update entry, mungkin tak sekerap sebelum ni ;)

So, even banyak pertelingkahan dan salah faham jadik kat Huda dan kawan-kawan, alah pasal nak sebilik kat asrama je pon semuanya diselesaikan dengan mengikut takdir. Huda memang ada rancang ngan classmate nak sebilik, tapi pagi pendaftaran tu agak berantakan, so semua plan tak jadi. Huda sebilik dengan orang lain jugak akhirnya, betullah kita hanya mampu merancang, Allah tentukan segalanya kan. Tapi Huda sempat tidur 2 malam je bilik tu, Huda pindah bilik yang ade aircond. Sejuuk! Tapi kene bayar lebih sikit la.
Akhirnya selimut ni berfungsi jugak. Tapi still sejuk, nampaknya kene bawak slimut yang lebih tebal. Huhuhuhuhu

So, sem ni Huda akan belajar 6 subjek baru, iaitu:
  •  Profiency English II (HPE1023)
  • Pengajian Islam I (MPU2313)
  • Principal of Financial Accounting II (PAC1113)
  • Microeconomics (PEC1103)
  • Principles of Marketing (PMK1133)
  • Statistik (TQM1013)

Subjek Sem 2 agak taugh sebab Huda memang tak pernah belajar Ekonomi, Prinsip Akaun, Marketing apa sume SPM dulu. Tapi, insyallah Huda buat yang terbaik. Pray for Huda!

And yang sedihnya, hari tu pihak kewangan KPTM ada buat taklimat tajaan. MARA dah tak mampu nak tanggung pelajar, so diorang suruh apply PTPTN untuk langsaikan hutang. Ramai dah kawan-kawan Huda yang quit KPTM sebab nak elak daripada PTPTN tapi tak mampu nak tanggung yuran KPTM yang agak dasyat nilainye. Yelah, kami masuk KPTM sebab nak belajar denga tajaan MARA, kalau last-last nak kene apply PTPTN, baik kami masuk IPTA je kan. Yelah, memetik kata-kata Sir Luq (lecturer Marketing Huda), nak buat kebaikan memang banyak dugaannya. Kita hanya mampu hadapi jelah. Mungkin semua ni ada hikmahnye kan? Who know, sape kita nak tentukan rezeki kita sendiri? Kesian Abah Umi nak kene tanggung yuran anak ;(
Wherever you are, please be safe k orang tepi tu. Gonna miss you baby :'(

Tapi, in my opinion, its worth. Huda suka stay KPTM. Lecturer diorang, fuhh boleh bagi A lah. Hebat-hebat. Mengajar dengan best, sporting, tak banyak tekanan. Facilities KPTM pon boleh thumbs up lah. Lengkap dan selesa. Bilik Kuliah meja kerusi baru, air-cond. Asrama pon okey, cuma agak sempit sebab nak tampung ramai pelajar. Overall, I still love KPTM. Insyallah Huda akan buat entry lagi mendalam about KPTM Kota Bharu kampus Lembah Sireh okey!

Besides, Huda dah dapat banner cun melecun dari Segmen Awak Orang Mana dari Nur Raihanah, comels dan meletops gitteww. Terima kasih tau awaak. Nanti nak letak kat sidebar huhu

Oh ya, btw, alhamdulillah followers Huda dah mencapai 900!
thanks to my 900th follower, Wawa! Thanks jugak kat follower Huda yang lain, lebih-lebih lagi yang suka komen entry Huda and suka singgah blog Huda. Oh Im touched. Huda sayang korang sangat-sangat! :*


Tanda-tanda obses dengan kucing.

Ailurophile? Apakah? Maksud Ailurophile adalah pencinta kucing atau dalam omputih cat lover. Huda bukan setakat cinta, tapi Huda kene mengaku Huda memang obses dengan kucing, terutamanya kucing Huda, Abang. Kenapa? Ni antara tanda-tanda Huda obses dengan kucing :

GALERI PENUH DENGAN GAMBAR KUCING
Tak kira la geleri atau album apa pon, mesti penuh dengan gambar kucing. Facebook, Twitter, Intagram, even dalam file pictures laptop Huda pon ade file khas untuk dipenuhi dengan gambar-gambar Abang. Abang tengah tido, makan, minum susu pon Huda ambik gambar. Siap buat video lagi haha :P

TAK BOLEH TENGOK KUCING TIDUR DENGAN TENANG
Tak boleh, memang tak boleh. Huda tengok Abang tido mula lah nak kacau, nak peluk, nak gosok-gosok, ambik gambar. Huda suka sangat ambik gambar Abang tido, padahal tido je pon, bukan menang anugerah ke hape. Tido macam kucing normal tido, tapi Huda memang tak boleh, GERAM

TAK BOLEH TENGOK KUCING SAKIT
Huda tak boleh tengok Abang sakit, Huda akan rasa sedih dan kesian. Huda pernah sampai nangis-nangis sebab Abang demam hari tu, sampaikan kene hantar pergi veterinar. Padahal bagi orang lain *mentality orang kampung kucing demam tu benda biasa je. Dalam 2,3 hari sembuh lah. Tapi Huda tak sanggup tengok Abang asyik tido je, tak aktif. Tambah pulak kaki Abang bengkak masa tu. Huda tak boleh tengok kucing sakit, even kucing tu sampai tahap berkurap berkudis, kotor dan agak hilang kecomelan, Huda tetap akan kesian.

MUDAH TERGODA DENGAN BUNYI KUCING
Tak kira semalas mana Huda time tu, tengah busy ke, tengah tido ke, Huda akan bangun pergi kat Abang kalau dengar Abang me'meow'. Abang pulak jenis suka merayap, balik rumah time lapar atau nak tidur je. Dia balik, dia akan me'meow' sampai satu rumah boleh dengar suara dia. Huda suka dengar bunyi 'phuurr' bila Huda gosok Abang. Bunyi kucing boleh redakan stress kita tau ;)


SELALU DIBELENGGU RINDU
Tak boleh kalau tak jumpa sehari, mulai la risau. Huda akan start tanya umi, kakak, adik, 'ada nampak Abang tak?' Duduk asrama dulu pon, kalau balik time hujung minggu, mesti nak cari Abang dulu.

NAK SELALU BERSAMA
Malam-malam kalau Abang ada, Huda siap tido sekali dengan Abang. Time tengah taip entry ni pon Abang tengah tido tepi ni haa. Kalau Abang merayap lama-lama, Abang balik mesti Huda membebel. 'Abang g mano? Tahu dok Kak Cik rindu?' Kadang-kadang Huda tutup pintu sebab tak nak bagi Abang keluar. Kejam kan? hehehe

BERCAKAP DENGAN KUCING
Macam kelakar, tapi Huda selalu cakap dengan Abang. Huda tak pasti kaum kucing ni faham tak kalau kita kata sesuatu kat diorang, ada kajian cakap kucing faham tapi diorang malas nak layan. Hahaha apelaa kejam sangat. 'Kak Cik sayang Abang tahu dok?' 'Abang makan dah? Lapar ke?' 'Abang main mana ni kotor' 'Jom mandi nak?'

Huda tak pasti Huda ni boleh dikategorikan masih waras atau sudah tak waras, yang penting Huda sayang kucing. Huda harap suatu hari nanti bakal suami pon suka kucing sebab Huda nak bela kucing banyak-banyak! Kalau bakal suami tak suka pon beliau kene suka jugak, tak kira. hehehe

Cara Buat Cheesekut Dengan Sangat Mudah!

Assalamualaikum..

Pernah tak, kita bosan tak tau nak buat ape-ape, tetiba lidah dan perut bersatu sampai timbul perasaan nak makan something cheesy dan manis? Huda pernah dan banyak kali!

Huda nak beli ngan kawan yang promote kat wechat, harga fulamaaaakk boleh tahan mahal. Huda pulak jenis agak kedekut tambahan pula takde income cuti 2 bulan ni, Huda pon terlintas nak buat sendiri cheesekut. Huda ambik resipi dari SINI. Mudah sangat nak sediakan, tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu goreng. Jom buat!

BAHAN-BAHAN
  1. Cream Cheese 250g.
  2. 1/2 tin susu pekat *kalau korang jenis tak suka manis boleh kurangkan
  3. Susu full cream.
  4. Biskut kosong.
  5. Nestum/Milo/Oreo atau apa-apa yang kita suka untuk topping.


CARA-CARA
  1. Blend cream cheese + 4 sudu susu full cream + susu pekat.
  2. Biskut dicelup susu full cream *jangan lama sgt nanti lembik*, then susun elok elok dalam bekas.
  3. Sapu cream cheese yg di'blend' atas biskut.
  4. Ulang langkah 2 dan 3. *4 lapis biskut disyorkan*
  5. Simpan dalam peti sampai sejuk dalam 4 jam.
  6. Sebelum potong, kita boleh la tabur topping feveret kita.




Daaaaaannnn.... TADAAA~
Walaupon rupanya agak buruk, tapi rasanya sangat sedap. Macam manusia la, rupa paras tak penting yang penting dalaman tu yang cantik :P

Huda dah tak boleh tahan nafsu makan, Huda ambik sudu, terus ceduk dan auuumm makan. Then Huda fall in love 3 saat setiap suapan hehehe :P


CAUTION !
Makanan sebegini boleh menyebabkan kegemukan! Tidak sesuai untuk orang yang on diet.

TIPS BASUH BLENDER DENGAN MUDAH, TEKAN SINI
Isikan blender yang kotor dengan sabun dan air, blend air ngan sabun tu, tuang. Pastu cuci kan sabun dengan air biasa, haa siap! Dijamin takde da cheese yang melekat. Tak caye cuba try ;)

Credit to:

Azam Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016 :D

Kali ni Huda nak nyatakan bajet azam 2016 Huda, so kalo Huda tak laksanakan semua ni, please cubet pipi Huda sekuat hati :P


Nak jadi muslimah yang lebih baik
  • Taknak lewatkan solat
  • Tiap kali lepas maghrib baca alQuran+yaasiin sampai isyak
  • Sadokan hati daripada benda-benda tak berfaedah

Nak berjimat cermat time dok kolej
  • No more sweet drinks! *fuhh susah ni
  • No more fast food! *KFC, BurgerKing
  • Beli barang keperluan sahaja, bukan kemahuan

Nak study harder!
  • Taknak da study last minutes macam sem lepas
  • Dean list insyaAllah..

Nak kurus! *target 55kg
  • Execise everyday
  • Puasa Isnin Khamis
  • Jaga makan

Nak buat banyak duit!
  • Menabung
  • Blogging
  • Jual Topup
  • Printing service
  • Jual makanan ringan

So, semua yang baca ni Huda mohon doakan azam Huda tercapai dengan jayanya. Dengan harapan azam korang pon turut tercapai ;) Kalau tak terlaksana? Kita bawak semua azam-azam ni ke tahun depan okeh? HUHUHU --''

So, kali ni Huda throwback sikit-sikit kenangan pada tahun 2015, banyak pahit, banyak jugak manisnya.

Officially graduated from SMK Kamil. 2010-2015

Used to be ASPER STREAMERS XI for 2 weeks. Lokasi: Bukit Ekspo

My Eldest sister, Muja get married!

quit from UPM, continue in Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu in Diploma in Business Management.

Aku kenal sape yang ada time aku susah dan tumpang gembira time aku senang.  Aku kenal sape kawan sape sahabat. Aku kenal kawan, musuh, duri dalam daging, kawan dalam diam.

Pape pon, Huda doakan agar semua yang akan berlaku tahun ni akan jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...