Selamat Melangkah ke Semester 2

Maigaadd lama tak update entry even baru seminggu rasa macam setahun!

Sekarang Huda agak busy sebab Huda selamat diijabkabulkan mendaftarkan diri ke Semester 2 Diploma in Business Management Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu kampus Lembah Sireh 17 Januari hari tu. Tahun ni rasa lain sikit sebab selalunya abah akan hantar daftar, tapi disebabkan 17 hb jatuh hari Ahad, Abah tak boleh nak hantar sebab beliau kene mengajar. So, Huda dengan penuh iltizam buat keputusan pergi by my own. WARGH! Huda tak pernah sampai Kota Bharu dengan kereta manual, sensorang pulak tu. Hihik. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua :) Insyallah Huda akan cari masa untuk update entry, mungkin tak sekerap sebelum ni ;)

So, even banyak pertelingkahan dan salah faham jadik kat Huda dan kawan-kawan, alah pasal nak sebilik kat asrama je pon semuanya diselesaikan dengan mengikut takdir. Huda memang ada rancang ngan classmate nak sebilik, tapi pagi pendaftaran tu agak berantakan, so semua plan tak jadi. Huda sebilik dengan orang lain jugak akhirnya, betullah kita hanya mampu merancang, Allah tentukan segalanya kan. Tapi Huda sempat tidur 2 malam je bilik tu, Huda pindah bilik yang ade aircond. Sejuuk! Tapi kene bayar lebih sikit la.
Akhirnya selimut ni berfungsi jugak. Tapi still sejuk, nampaknya kene bawak slimut yang lebih tebal. Huhuhuhuhu

So, sem ni Huda akan belajar 6 subjek baru, iaitu:
  •  Profiency English II (HPE1023)
  • Pengajian Islam I (MPU2313)
  • Principal of Financial Accounting II (PAC1113)
  • Microeconomics (PEC1103)
  • Principles of Marketing (PMK1133)
  • Statistik (TQM1013)

Subjek Sem 2 agak taugh sebab Huda memang tak pernah belajar Ekonomi, Prinsip Akaun, Marketing apa sume SPM dulu. Tapi, insyallah Huda buat yang terbaik. Pray for Huda!

And yang sedihnya, hari tu pihak kewangan KPTM ada buat taklimat tajaan. MARA dah tak mampu nak tanggung pelajar, so diorang suruh apply PTPTN untuk langsaikan hutang. Ramai dah kawan-kawan Huda yang quit KPTM sebab nak elak daripada PTPTN tapi tak mampu nak tanggung yuran KPTM yang agak dasyat nilainye. Yelah, kami masuk KPTM sebab nak belajar denga tajaan MARA, kalau last-last nak kene apply PTPTN, baik kami masuk IPTA je kan. Yelah, memetik kata-kata Sir Luq (lecturer Marketing Huda), nak buat kebaikan memang banyak dugaannya. Kita hanya mampu hadapi jelah. Mungkin semua ni ada hikmahnye kan? Who know, sape kita nak tentukan rezeki kita sendiri? Kesian Abah Umi nak kene tanggung yuran anak ;(
Wherever you are, please be safe k orang tepi tu. Gonna miss you baby :'(

Tapi, in my opinion, its worth. Huda suka stay KPTM. Lecturer diorang, fuhh boleh bagi A lah. Hebat-hebat. Mengajar dengan best, sporting, tak banyak tekanan. Facilities KPTM pon boleh thumbs up lah. Lengkap dan selesa. Bilik Kuliah meja kerusi baru, air-cond. Asrama pon okey, cuma agak sempit sebab nak tampung ramai pelajar. Overall, I still love KPTM. Insyallah Huda akan buat entry lagi mendalam about KPTM Kota Bharu kampus Lembah Sireh okey!

Besides, Huda dah dapat banner cun melecun dari Segmen Awak Orang Mana dari Nur Raihanah, comels dan meletops gitteww. Terima kasih tau awaak. Nanti nak letak kat sidebar huhu

Oh ya, btw, alhamdulillah followers Huda dah mencapai 900!
thanks to my 900th follower, Wawa! Thanks jugak kat follower Huda yang lain, lebih-lebih lagi yang suka komen entry Huda and suka singgah blog Huda. Oh Im touched. Huda sayang korang sangat-sangat! :*


17 comments:

  1. Percayalah Huda selagi ada azam dan usaha utk berjaya Allah akan bantu.
    Mama doakan. Anak mama tahun akhir utk Diploma dia tahun ini juga.

    ReplyDelete
  2. salam huda, akak doakan semuanya dipermudah insyaAllah setiap yg berlaku berhikmah :)

    ReplyDelete
  3. good luck Huda!!! sy pun pernah mohon biasiswa MARA tp x dpt. sodihhh: '( PTPTN mmg tolak tepiii

    ReplyDelete
  4. kesian juga ngan junior kat kampus tu tak dapat MARA :( memang syukur sangat Hana lepas, all the best Huda belajar rajin rajin :)

    p/s: boleh je kalau Huda nak simpan banner Hana tu :)

    ReplyDelete
  5. good luck.. bljr rajin2 ye.. :)

    ReplyDelete
  6. good luck dalam semester baru. nak buat macam mana. mungkin ada la tu salah silap sikit2 dalam pengurusan Mara. nak buat cam mana kan. redho jela. insyaAllah ada rezeki yang lain tu nt

    ReplyDelete
  7. cik akak dan sponser ada giveaway terbaru...

    berminat...jom join dan support cik akak....

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2016/02/mega-giveaway-inspirasi-2016-by-cik-akak.html

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat huda <3 hihihi wah wah kptm kb!!!! <3
    bestnya T_T

    and wah piwit 900 uiiiiii hihi anyway <3
    all the best in everything huda comels! <3

    ReplyDelete
  9. All the best, Huda! You can do it. hehe Kak Lissa teringin sangat mau sambung study.. tapi apa boleh buat, belum ada rezeki. ekeke apapun, Huda study rajin-rajin tau ! :D

    ReplyDelete
  10. Do your best Huda :) belajar rajin-rajin. Dapat result cemerlang, insyaAllah kurang sedikit penat parents cari duit untuk kita. Huhu sedih pulak tetiba :'D

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kos diploma business management. yea under mara macam unikl jugak

      Delete
  12. Moga dipermudahkan urusan Huda... Selamat belajar ye..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum, nk tanye...kt asrama tu sebilik berapa org?

    ReplyDelete
  14. Assalamuaalaikum,

    Saya nak tanya baepr bayaran asrama yang beraircond ye ?

    ReplyDelete
  15. Assalamuaalaikum,

    Saya nak tanya berapa bayaran untuk asaram yang beraircond ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...