Cara buat jagung bakar

Assalamualaikum and hai gaisss :D

Alhamdulillah Huda sekarang selamat melangkah ke Semester 3, bermakna tinggal 2 tahun lagi sebelum Huda dapat kawen menamatkan pengajian diploma yeayyy!

Okey back to the title, hari tu Huda dan keluarga tercinta singgah Cameron Highland, so abah beli agak banyak jagung. So Huda terfikir nak buat jagung bakar, biasanya kat Kelantan jual RM3 sebatang, tapi frust sebab tak sedap :'( Susah nak cari jagung bakar sedap nih.

Huda godek-godek google, curik resepi daripada blog ABM, senang jeh rupanya.

BAHAN BAHAN
(5 tongkol jagung)

5 tongkol jagung

Maafkan si peneman setia Huda, Abang. Dia takut Huda sunyi sebab tu dia teman Huda kat dapur huhu

bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.

Ni versi Huda, macam selalu, motto masakan Huda, biar rupa buruk asalkan rasanya sedap :P

Huda siap buat video lagi, eksited sangat mungkin. Senang je kan? Jum buat!
video



9 comments:

  1. hehe memang kadang beli indah khabar dari rupa.. baik buat sendiri..
    jagung cameron makan saja sedap.. bakar lagila uuumph yee..

    ReplyDelete
  2. AAAAAA TERLIUQQQQ

    malam2 ni lapor

    ReplyDelete
  3. Kakak tak kisah janji jagung bakar simple ke rebus pun kakak dah suka
    Kalau bakar macam Huda ni rasanya kakak boleh habis dua tongkol agaknya:)

    ReplyDelete
  4. fuh yg tgh tgk sambil baca ni keroncong juga perut dibuatnya...
    nampak sedap tu.. pastu minum kopi kan pergh.. sedap2

    ReplyDelete
  5. hui.. feveret kot jagung bakar ni.. selalu kalau buat bbq, org lain cari ayam, hotdog, etc, saya pergi cari jagung..

    ReplyDelete
  6. tingat mkn jagung kat iskandariah dulu. beria kami beli igt kn sedap mcm kt malaysia tapi keras kejung!! sengal gg dibuatnya!

    ReplyDelete
  7. biasa bakar dalam pemanggang ajaib. mlas nk bkar arang hihi

    ReplyDelete
  8. tak lama dah tu, pejam celik pejam celik dah grade kan..
    lg 2 tahun dpt la diploma..harp dipermudahkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...