Mee Celup Golok Ketereh Kelantan

Assalamualaikum dan selamat menternak lemak.

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang menarik, murah, sedap, terkenal, berbaloi. Iaitu Mee Celup Golok yang terletak di Kampung Tok Akil, Ketereh, Kelantan.Sebelum ni diorang bukak kat Kok Lanas tapi disebabkan kedai kecil, parking susah dan tak selesa, diorang berpindah ke Ketereh, dalam 5 minit je dari kedai asal. Thanks Cik Sya sudi bawa classmate daripada Kota Bharu pergi Kok Lanas semata mata nak penuhi selera kengkawan dia. huhu



Kedai ni saya berani katakan salah satu tarikan penduduk Kelantan dan orang luar yang datang Kelantan berpeluang nak rasa makanan Kelantan. Kalau kat luar ada makanan macam mee sup atau mee kuah kan? Kalau di Kelantan kami gelarkan makanan ni sebagai Mee Celup.



Apa yang special?
  • Menyediakan mee, kuey teow, bihun, maggi, dan nasi air.
  • Harga semangkuk bergantung lauk pauk yang kita pilih. Kita boleh pilih makanan dengan serendah RM3.00 sahaja! Ada pelbagai jenis lauk iaitu ayam, daging, perut lembu, meatball(chambor), telur separuh masak dan boleh campur.


Ni tambahan perasa yang disediakan. So atas kita la nak letak banyak mana perasa mengikut selera kita. Nak pedas letak sambal, lada jeruk. Nak lebih rasa letak kicap. Suka kacang boleh letak serbuk kacang banyak mana kita suka.

Saya? Of course dipenuhi dengan kacang :D

  • Nasi putih juga disediakan bertemankan lauk seperti sup ayam, sup daging, sup perut lembu, sup tulang, telur mata dan telur dadar. Nak campur pon boleh!
  • Di sini menyediakan 3 jenis air dengan 3 warna berbeza iaitu teh tarik madu(kuning), teh tarik madu hijau(hijau), bandung tarik madu beng(kuning). Air batu kosong disediakan secara percuma.


Rasa dia? Pergh memang tak menyesal punyalah kalau datang. Bestt Burpp! Alhamdulillah licin mangkuk hahaha :D

Kedai ni memang best+famous, tak pelik la kalau sentiasa ramai orang. Kadang kadang terpaksa tunggu giliran untuk dapat meja kosong. Saya datang pukul 2, masa baru nak bukak pon dah ramai orang menunggu.

Lokasi?
Alamatnya adalah Lot 6798, Kampung Tok Akil, Ketereh Kelantan atau lebih mudah follow je peta:

Senang sangat nak cari lokasinya sebab kat cabang tu diorang da letak banner diorang sendiri.

Waktu operasi?
Kedai Mee Celup Golok beroperasi setiap hari KECUALI HARI SELASA, pukul 2pm-10pm.
Tapi nak lebih selamat korang boleh search Facebook Mee Celup Golok, diorang sentiasa update diorang bukak atau tak.

Nak contact macam mana ye?
Facebook- Mee Celup Golok
Instagram- meecelupgolok
No tel- 017 7213440/017 9716077

3 comments:

  1. mcm sedap je menu ni.. air dia berkaler2

    ReplyDelete
  2. rindu pulk dgn mee celup, ms study mmg selalu mkn mee celup..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...