Megi Tomyam Belut Bukit Marak

Assalamualaikum dan salam pereputan.
Kali ni Huda nak share satu lagi gerai yang agak femes di Kelantan. Iaitu Kedai Tomyam Rasyidah yang terletak di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang special kedai ni?
Of course la special dengan Megi Tomyam Belut seperti tajuk entry kali ni! Tomyam dia, perghh memang kaww lah! Dengan kepekatannya, dengan pedasnya, tambah plak dengan belut sangat juicy, dengan rasa tomyamnya memang boleh angkat jari lah! Tak percaya? Mohon amati gambar ni sebaiknya.






Benda ni boleh buat aku craving hampir setiap malam tau!

Bahkan, kedai ni jugak dikunjungi oleh pihak MeleTOP, tengok video berikut:



Hah! Belut? Eyuww gelilah! I mana makan bende licin ni mau termuntah darah!
Jangan risau, kedai ni juga menyediakan pelbagai masakan panas, cuma kedai ni femes dengan Megi Tomyam Belut. Masakan lain juga best! Nak makan Megi Tomyam tapi tak nak belut juga bisa, diorang akan gantikan dengan ayam, sotong, udang dll. Atas permintaan kitalah.

Lokasi?
Bukit Marak, (Cabang 3 Hj. Musa), 16030 Kota Bharu, Kelantan. Atau petanya:

Ala, mana kenal Bukit Marak, Kampung Beklam ape sume. Sis, Bro, Waze kan hado!

Act, masa mula mula Huda nak cari kedai ni pon Huda pakai Waze. Huda search Caltex Bukit Marak sebab kedai ni agak dekat dengan Caltex Bukit Marak. Senang jehh.

Harga?
Jangan risau, harganya amat amat amat berpatutan iaitu RM6 semangkuk. Okey lettew, tambah tea'o ais RM1 jadi RM7. Nak jimat korang minum air batu kosong jeh, percuma!

Waktu operasi?
Act, Huda tak berapa pasti pukul berapa. Tapi kedai ni jadi tumpuan waktu malam, pukul 9pm-2pm dan dibuka hampir setiap hari.

For further information, search :
No Tel : 0134088212

Sebenarnya, Megi Tomyam Belut ada dua cawangan. Kedai kedua lagi besar, beroperasi lebih awal iaitu 2pm-12pm. Kedainya dalam 2 minit daripada kedai asal. Huda selalu bawak kawan kawan makan kat situ, lebih lebih lagi kawan kawan luar Kelantan.

From left, Pijah, Rubi, Hana, Me, Bella, Shikin. Half from my gang when I was Form5. Lucu muka diorang masa tahan pedas lepas makan Megi Tomyam Belut ni :D

Datang dengan roomates C1-33
From left: Qiqi, Me, Erin, Anis, Yana

Datang dengan classmate AB101 Section 2
From left: Me, Mikkah, Nisah, Yana, Balqis, Omar, Cerah, Yoe, Papadam

P/s: Huda nak lanje gambar megi homemade hasil tangan Huda sendirik. Komen sikitt


11 comments:

  1. aahaaaaa belut sedap!!
    first first je it creeps me out huhu rupanya bentuk mcm leher ayam rasa mcm ikan huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya awak! Nanti boleh tak awak bawak kita??? :'''''( sedap nyaaaaaa!!! ��������

    ReplyDelete
  3. wahh tapi tak lalu nak makan belut huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lg try belut tapi husband kata sedap. Hehe

    ReplyDelete
  5. ok.. maggi best!! tp tang belut tu xboleh.. hehe

    ReplyDelete
  6. Cikla x pernah mkn belut. Tp bila tgk gmbr tu nmpk mcm sedap pulak...hehe

    ReplyDelete
  7. nampak sedap. seumur hidup tak pernah telan belut, rabbit. tapi kalau orang tak bagitau yang makanan tu sebenarnya belut rabbit boleh je telan ekekekeke :p

    ReplyDelete
  8. alahai dik...terliur akak dah ni....sib baik jauh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...