Tips Mengisi Permohonan UPU untuk Pelajar SPM

Assalamualaikum...
Sempena adik adik SPM baru habis berperang, kali akak nak share sikit tips dak dak SPM untuk isi permohonan UPU untuk lanjutkan pengajian mereka menjelang 2016.



Untuk pengetahuan adik-adik, permohonan UPU dilakukan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Awam (IPTA), *contohnya UPM, UM, UKM, UiTM, UMP, UTHM, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, dan pelbagai lagi untuk lepasan SPM dan setaraf. Contoh IPTA di Malaysia KLIK SINI



Permohonan untuk adik-adik SPM 2015 belum lagi dibuka. Pembelian no PIN akan diwawarkan di akhbar, internet or melalui cikgu kita bila dah dibuka. Kebiasaannya bulan Januari. Adik adik nak terus isi pon boleh, tapi akak tahun lepas tunggu result SPM dulu baru isi, kononnya tak nampak lagi apa yang boleh dipohon, padahal boleh je kemaskini.
Akak boleh ringkaskan cara-cara isi UPU seperti berikut:
  1. Beli no unik ID (no pin UPU) di kaunter Bank Nasional Berhad (BSN). Harga untuk tahun ni tak pasti, tapi tahun lepas RM15.60 sahaja. Lepas beli simpan leklok! Lagi bagus kalau adik-adik ambik gambar no rujukan dan simpan dalam handphone sebab bila resit@nombor pin tu dah hilang, adik terpaksa beli baru, macam akak tahun lepas resit terkene air sampai tak nampak no pin T_T
  2. Bila dah ada no PIN, pergi ke http://upu.mohe.gov.my/web/
  3. Sebelum isi, BACA, diulangi BACA maklumat penting, syarat permohonan, panduan memohon dan soalan lazim.
  4. Kemudian lengkapkan SEMUA yang ditanya di borang online.
  5. Klik butang SAH & HANTAR.
  6. Adik adik jugak boleh sentiasa kemaskini permohonan adik adik. Kemaskinian hanya boleh dibuat 3 kali atau tiada had, akak tak pasti, sorry --''
Atau adik-adik boleh tengok carta aliran SINI


Di sini jugak akak nak share tips untuk adik adik pilih kos or aliran yang adik adik nak pohon. Ramai sebenarnya calon SPM yang layak mendapat tempat di IPTA tapi gagal mendapat tawaran disebabkan oleh beberapa faktor :


Pohon kos yang tidak sesuai dengan result.

Contohnya si A dapat 9B tapi si A nak mintak Asasi Uitm, konfem tak lepas dikk. Untuk adik yang nak tahu apa yang adik layak pohon dengan result adik dapat, adik pergi ke http://www.selangkah.uitm.edu.my/http://upu.semaksyarat.info/, atau google jeh semak syarat permohonan UPU. haa lagi satu lupa nak bagitau, adik-adik kalo boleh sangat sangat join Karnival Jom Masuk U yang slalu diadakan setiap tahun or any karnival tak kira IPTA atau IPTS. Kat situ adik-adik boleh korek sedalam mungkin info adik-adik tentang sesuatu pusat IPT.


Pohon kos yang tidak sama aliran subjek SPM

Kita sendiri tahu subjek apa kita ambik sewaktu SPM kan? So kita kena isi dan mintak kos yang layak dengan subjek yang kita ambik. Akak bagi contoh, si B belajar SPM aliran sains kemanusiaan tapi si B nak mohon Diploma Farmasi yang memerlukan subjek Kimia. Tak boleh la macam tu B ..


Terlepas tarikh permohonan

Haa, sini adik-adik harus diingatkan untuk lebih peka dan cakna tarikh-tarikh penting UPU agar kita tak terlewat untuk memohon. Akak nasihatkan adik jangan lengah-lengahkan sebab kawan akak tahun lepas isi last minutes, line masa tu memang susah sebab beribu-ribu lagi pelajar tengah log in. Nasib baik ada penangguhan tarikh tutup permohonan.


Pohonlah aliran mengikut minat dan keupayaan

Okey ni akak bercakap berdasarkan pengalaman akak. Kalau boleh adik kenal pasti minat adik, kalau adik tak tau minat adik, adik boleh berjumpa dengan kaunselor atau buat pemeriksaan personaliti sendiri. Sebab kos yang adik belajar adalah benda yang adik akan buat sepanjang hidup adik. Dan untuk adik-adik yang SPM sederhana sahaja, adik harus berusaha lebih kuat dan jangan mudah putus asa semasa di IPT lebih lebih lagi adik-adik yang belajar benda yang agak susah. Jangan jadi macam akak, menyusahkan mak bapak je hmm *tskk tskk T__T

Pape pon, akak doakan adik-adik akan dapat yang terbaik dan berjaya bukan hanya di dunia malahan di akhirat amiin ya robbal alamiin :D

13 comments:

  1. teringat pulak beberapa tahun lepas.. time isi upu ni tuk sambung study... hehehe

    ReplyDelete
  2. Semoga lepasan SPM (juga STPM) berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

    ReplyDelete
  3. Satu perkongsian yang amat berguna terutama untuk lepasan SPM seperti saya.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ni, khas untuk pelajar2 yang baru sahaja habis SPM

    ReplyDelete
  5. bagus info.,
    cara2 nk apply ptptn ade tak cik kak huda ? hehe2

    ReplyDelete
  6. rasa nak mohon sbb yui bru hbs spm.. heee.. kui2

    ReplyDelete
  7. terima kasih akak atas informasi!

    ReplyDelete
  8. nak semak syarat tapi sedang dikemaskini,,,,tersangatlah gerammm

    ReplyDelete
  9. boleh ke buat pilihan pertama, kedua, ketiga semua sains... *mohon pencerahan

    ReplyDelete
  10. boleh ke buat pilihan pertama, kedua dan ketiga semua kos yang sama cthnya sains semuanya...*mohon pencerahan

    ReplyDelete
  11. Wahh tq! Btw Sis nak tanya. Hehe isi borang upu ni after dapat result spm ke? Ataupun sebelum exam spm? Sebab spm 7 haribulan 11 ni. Tq☺

    ReplyDelete
  12. Tq akak😊😊😊

    ReplyDelete
  13. Tq akak😊😊😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...