Su Warung Nasi Kerabu Ketereh

Assalamualaikum :D

Entry kali ni Huda nak share satu lagi kedai WAJIB SINGGAH kat Kelantan ni, iaitu Su Warung Nasi Kerabu Ketereh. Kenapa Huda cakap wajib sinnggah? Sebab kat Kelantan ni memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisi salah-satunya makanan pagi kegemaran Huda iaitu Nasi Kerabu. Walaupon kat Kelantan ni banyak kedai yang menjual Nasi Kerabu TETAPI tetapi tetapi tak semuanya sedap uolsss T_T So bagi mengelakkan uols menghadapi penyesalan yang tiada pengakhiran, uols singgah je Su Warung Nasi Kerabu ni, insyallah tak akan menyesal malahan terkenang-kenang di malam hari.

First time ever makan bersama Abang Ipar kedua. Menambah nambah beliau makan nasi kerabu kat sini 🤣


APA YANG SPECIAL KAT SU WARUNG NASI KERABU NI?
 Nama lagi Su Warung Nasi Kerabu semestinya sebab keenakan buah kurma timur tengah Nasi Kerabu Kelantan. Ada beberapa pilihan lauk seperti lauk kambing bakar, ayam bakar dan daging bakar.

Ni yang umi Huda punya. Nasi Kerabu lauk Kambing Bakar add topping bawang putih jeruk dan solok lada. Baru la meriah weyy


Selain daripada Nasi Kerabu ada jugak nasi berlauk ayam dan ikan gulai in case ada orang yang tak makan nasi kerabu. Kuih-muih tradisional yang dijual jugak sedap-sedap 😛

Lokasi
Nak cari kedai ni senang sangat-sangat sebab kedai tepi jalan Kota Bharu-Gua Musang plus ada signboard besar gedabak diorang dah pasang. Even orang serabun Huda pon insyallah akan jumpa. Plus sekarang senang boleh Google atau waze je. Insyallah uols akan dibawa ke jalan yang benar 🤣



Tepek sini buat kenangan pengantin baru 💒


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...