Skincare Routine untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum dan hai semuaa :D

Post kalini Huda nak share skincare routine Huda serta sedikit pengalaman yang menyedihkan 😭
Breakout ni sedih tau tak, lebih-lebih lagi breakout time hari penting dalam hidup kita 😢😢

First of all uols kena tahu dulu skin type uols tau. Macam Huda, kulit muka Huda jenis Oily. So kalau uols jenis kulit kering tidak digalakkan sangat follow skincare routine Huda ni okey 😉

Sebelum tu Huda nak share serba sedikit gambar Huda time Huda breakout..

Time ni Huda tak pasti kenapa boleh naik sampai teruk macam ni sekali.

Huda daripada zaman sekolah lagi ada masalah jerawat nasi (jerawat kecik-kecik dan banyak) atas dahi. Suka sangat berkampung kat dahi tu ha

Dan paling sedih time Majlis Bertandang Huda memang teruk sangat, takmo ingat 😭



Even MUA dah makeup elok pon still menyerlah Cik J tu. Redha sajalah...

Sekarang alhamdulillah muka Huda banyak membaik, even tak flawless macam Neelofa at least okey dah daripada dulu. Alhamdulillah..


Muka tanpa secalit makeup, hanya pakai lipstic je.

So jom kita terokai satu satu skincare routine Huda. Semua skincare Huda ni mudah didapati kat Farmasi sebab Huda tak mampu nak pakai high-end-product. Produk local jenama artis@instafamous pulak bagi Huda overpriced. Tapi kalau uols rasa berbaloi, berkesan dan mampu then why not kan.

1. Pembersih muka Huda guna Hada Labo AHA + BHA (Exfoliate) Mild Exfoliate Face Wash. Harga normal RM35+ tapi Huda tak akan beli selagi Watson/Guardian tak buat promosi. bukan kedekut tau tapi berjimat cermat Latest Huda beli dengan harga Rm25 then Watson potong pulak RM7 (tak ingat dah promo ape) menjadikan harganya RM18. Terus Huda grab 2 botol untuk rumah Umi Abah satu rumah mertua satu. Setakat ni setelah berpuluh-puluh botol Huda beli untuk mencari face wash yang sesuai dengan Huda, this is the best. 



2. Toner pon penting tau dalam skincare routine kita. Toner Huda guna Some By Mi Miracle Toner. Harga RM50 tak silap. Beli kat Shopee je murah. Setakat ni OK la dengan muka Huda.

3. Untuk parut jerawat, Huda guna Loreal Paris White Perfect Clinical Derm White Essence. Harga normal RM90 tapi Huda nak jadi pengguna yang kedekut bijak, beli time Sale je! Bazir sayangg beli harga normal. Kalau time sale samada 50% less ataupon Buy1 Free1. Produk ni jarang sikit nak promosi, time promo tu terus grab okey? Sebab tu kena rajin usha selalu. Sebab tu perempuan ni pantang lalu depan Watson@Guardian, mesti nak masuk. Bila dah masuk fulamak lama. Tapi kitorang nak usha produk yang Sales je. Lelaki yang gentleman je yang akan faham. Eh? Huda suka essence ni sebab cepat meresap dalam kulit, cepat kering so tak melekit. Sesuai untuk orang kulit berminyak. Alhamdulillah guna essence ni memang nampak keberkesanannya. Parut semakin pudar, then ramai tegur kulit makin cerah.
Nak cari, cari je kotak macam dalam gambar ni ok?

4. Moisturiser pulak Huda guna jenama Hada Labo jugak, Hydrating Water Gel. Time Huda beli tu packaging dia ada gambar Jun Ji-hyun, tapi sekarang rasanya dah tukar. Nanti korang usha sendiri ye. Harga normal dalam RM73+ tapi time Huda beli tengah promo dalam RM50 rasanya. Huda suka moisturiser ni sebab texture nya sangat-sangat light dan cepat meresap dalam kulit. Tapi mahal la sikit adesss

Patut la nama Water Gel, tengok tekstur dia macam air je kan.


5. Untuk sunscreen pulak Huda suka guna jenama Biore UV Perfect Protect Milk SPF50+. Harga normal RM18 tapi Huda pernah beli dengan harga RM11 sebab tengah promo kaw-kaw. Huda jatuh cinta dengan sunscreen ni sebab murah dan tak melekit 👍

6. Untuk exfoliation Huda guna Bio Essence Bio-Hydra Jeju Marine Algae. Huda lebih suka guna jenis peeler berbanding skrub sebab lagi lembut untuk kulit muka kita. Harga dah lupa berapa sebab lama dah beli, jarang pakai maklumlah busy

7. Last sekali ubat jerawat Huda guna jenama Tidact. Asalnya sebab Umi Huda sendiri yang suggest tapi lepas tu ubat jerawat ni ada viral kat Twitter. Harga tak sure sebab Huda ambik yang Umi punya. Tapi rasanya takdela mahal sangat, dalam RM11 gitu kot.. Memang berkesan dengan Huda. Tekstur Tidact pon light je, takde white cast dan cepat meresap dalam kulit. Kalau jerawat naik, sapu Tidact dalam 3 hari gitu dah kecut.


So setakat itu sahaja produk yang Huda boleh share dengan uols untuk kulit berminyak. Semoga boleh memberi inspirasi dan idea dan boleh menolong those yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Selain daripada mengamalkan skincare routine, cara untuk atasi kulit berminyak yang mungkin uols dah tahu iaitu minum banyak air masak dan kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

Jangan cepat putus asa tau. Huda sendiri pon nak jumpa produk yang sesuai dengan Huda dah habis beratus-ratus duit. Yang penting usaha dulu 😉

2 comments:

  1. Saya pun guna Hada Labo punya facial wash. So far best hehe

    ReplyDelete
  2. sunblock kuning tu saya pun suka. harga pun murah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...