Kali ni Huda nak share ciri-ciri Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tingkatan 6 dan Sijil untuk lanjutkan pengajian adik-adik lepasan SPM. Buat renungan adik-adik semua! Jangan tersalah langkah, nanti jadi macam Huda.
MATRIKULASI
- Bawah kerajaan. Means tak perlu nak apply PTPTN or nak buat mana-mana pinjaman, malah adik-adik siap boleh elaun lagi :)
- Syarat kemasukan yang agak ketat :( Nak tahu syarat kelayakan Matrikulasi TEKAN SINI
- Tempoh pengajian yang singkat. Setahun atau dua tahun terus sambung degree :)
- Pembelajaran yang compact dan laju. Kene sadokan hati, fizikal dan mental :(
- Kurang praktikal, kebanyakan belajar secara teori atau eksperimen dalam makmal :(
- Result harus bagus, kalau tak akan dibuang matrikulasi atau tidak berjaya mendapat tempat untuk sambung belajar :(
- Status "lepasan matrikulasi" tak boleh digunakan untuk memohon kerja :(
- Harus compete antara beribu-ribu calon matrikulasi seluruh Malaysia :(
- Matrikulasi ibarat peluang kedua lepas SPM kalau tak dapat result SPM yang bagus tapi still nak sambung dalam bidang sains/engineering/accounting :)
ASASI/FOUNDATION
- Kalo under UPU, biasanya hanya bayar yuran permulaan dan pelajar akan diberi elaun setiap sem :)
- Kalo under IPTS, kena bayar sendiri atau mohon biasiswa. Pinjaman PTPTN memang tak ada untuk asasi/foundation. Pinjaman MARA pon susah nak dapat, depends on result SPM :(
- Syarat kelayakan SPM nak masuk agak ketat :(
- Tempoh yang singkat. Belajar setahun terus boleh sambung degree :)
- Pembelajaran yang compact dan laju. Kene sadokan hati, fizikal dan mental :(
- Kurang praktikal. Mostly belajar secara teori atau buat eksperimen di makmal :(
- Perlukan result yang bagus atau dikeluarkan. Or tidak mendapat tempat nanti nak sambung belajar :(
- Kalau sukses, tempat/kos untuk degree lebih terjamin berbanding matrikulasi :)
- Sijil asasi tak boleh digunakan untuk mohon pekerjaan :(
p/s: even Huda pon pernah terima tawaran nak masuk matrikulasi Kelantan, tapi tak jadi sebab abah tak kasi sambung situ.
DIPLOMA
- Tempoh yang agak panjang. Dalam 3 hingga 4 tahun. Tapi sesetengah ada yang buat degree 2 tahun je kalo dah ambik diploma, ada yang kene buat degree 4 tahun, bergantung atas kos :(
- Lebih praktikal daripada Matrikulasi, Asasi dan tingkatan 6 :)
- Peluang pekerjaan lebih cerah kalo dibandingkan Diploma+Degree berbanding Matrikulasi+Degree *wallahualam rezeki masing-masing
- Ilmu yang lebih meluas :)
- Pembelajaran yang lebih rilek :)
- Kalau failed, still boleh repeat :)
- Mungkin melekakan :(
- Sijil Diploma boleh digunakan untuk memohon pekerjaan :)
Tingkatan 6 (STPM)
- Tempoh pengajian yang singkat. 1 1/2 tahun je terus sambung degree :)
- Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact :(
- Yuran murah dan tak perlu apply apa-apa pinjaman :)
- Kalo ambik aliran sains, peluang untuk lanjutkan pelajaran amat meluas even result sederhana :)
- Berpeluang untuk sambung belajar luar negara kalo result atas 3.5 aliran sains :)
- STPM adalah peperiksaan paling sukar di Asia :(
- Calon STPM akan didahului berbanding calon Matrikulasi :)
- Suasana belajar still di alam persekolahan, mungkin sedikit berubah depends on layanan guru dan pakai baju formal waktu persekolahan :) or :( ?
SIJIL
- Pra-U :(
- Sijil boleh digunakan untuk memohon pekerjaan :)
- Tempoh pengajian yang agak lama. 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 1 1/2 tahun atau 2 tahun, then degree 2-3 tahun. Minima 6 tahun la :(
- Sangat praktikal :)
Haa, harap adik-adik buat benda yang terbaik. Ingat, kegagalan adalah langkah untuk mencapai kejayaan :D Ikot minat tau, jangan terikat dengan mana-mana paksaan huhu :P Untuk tips isi UPU, TEKAN SINI
p/s: belajar, belajar jugak. yang penting, kita enjoy! Sayang rakan-rakan seperjuangan Diploma in Business Management KPTMKB :*
Saya dulu masuk tingkatan enam utk masuk u.. Buat pilihan yg bijak.. Nak hala ke mana kan.. Nice entry.
ReplyDeleteterima kasihh akak :D
Deletebest info ni, cuma saya rasa perlu diketengahkan juga tentang peluang kemahiran yang banyak contohnya kemahiran berkaitan rumah, petroleum, pertukangan dll. banyak juga peluang tu
ReplyDeletefikir dan buatlah pilihan terbaik demi ms hadapan...
ReplyDelete#900
ReplyDeletesekarang dah banyak pilihan dan persaingan juga kan sis... akak pilih form 6, result spm pun gred cukup makan ja... hehe... Allah the best sis... akak memang dah target nak ambil stpm cz nak apply masuk u dgn stp, akak fikir klu akak ambil ipts ke lain2 selepas tak dpt ipta rugi ja... ipts byk lagi guna duit...
ReplyDeleteBanyak informasi di sana-sini sekarang utk memilih. Pihak sekolah juga biasa cikgu-cikgu akan bagi guideline mana arah tuju yg mahu dipilih.
ReplyDeleteBagus Huda buat macam ini. Auntie dulu masa anak sulung nak buat pilihan pun tercari-cari juga sebab idea kami tak sama. Auntie nak dia ambil nursing tapi dia nak Law. Last ikut pilihan dia juga.
Perkongsian yang bagus...
ReplyDeleteSaya tag awak kat sini..
http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/12/year-end-new-year-giveaway-by-aynal-m.html
ramai tak nak stpm sebab kena pakai baju sekolah tapi respect dengan orang yang ambil stpm. lain orang lain path yang dia boleh ikut :-)
ReplyDeleteSy dulu lepas spm masuk matriks. Hehe. Boleh kata time belajar paling best lah. Hehe
ReplyDeleteNice sharing. Boleh jadi panduan pd org lain. Sbb dulu susah nak jumpa maklumat ni dalam internet. Hihi
ReplyDeleteTeringat zaman dulu, berhempas pulas isi borang U. Kini dah 12 tahun berlalu.
ReplyDeletepilih bidang yg btul.. janagn jadi macam cik en... blaja kewangan dan banking tapi keje vet.. bl masuk vet bru tau berapa bestnya keje ni.. dan rugi x blaja vet dlu
ReplyDeletelama cik en x lawat sini.. :)
Happy new year
Belajarlah dan carilah ilmu seluas-luasnya. Sesiapa yang berusaha pasti berjaya, itu janji Allah :) selamat tahun baru.
ReplyDeleteakak lupa something lah . pasal STAM huhuhu .
ReplyDeleteWah, terima kasih akak kerana sudi share perkara penting ni. ^_^
ReplyDeleteP/s : Akak, hadiah giveaway dah sampai. Terima kasih ya, kak. :)
akak tak memilih mana2 cabang pun. akak ambik sijil komp dan kerja. masa tu ada atas beberapa faktor. alhamdulilah dapat kerja tetap. dan insyaAllah lepas ni ada rezeki lebih baru nak sambung belajar :)
ReplyDelete