Kenapa Aku Quit Daripada Asasi Sains Pertanian UPM?

Assalamualaikum..

Memang tak boleh lupa sangat sangat hari tu, hari memang yang dinanti-nanti dak dak SPM 2014, hari mendebarkan kedua lepas hari result SPM, hari boleh check permohonan UPU! Memang berdabar gila masa nak check tu, line pulak spoiled mood sebab beribu-ribu student SPM bukak laman web sama kan, so akan kluar la saka-saka page error bagai.

Sebelum hari result tu, memang Huda target Huda nak masuk Diploma Sains UiTM sebab kononnya tak nampak lagi cabang kerjaya kan. Sebenarnya Huda nak sangat sangat jadi cikgu tapi Huda tak dapat untuk kemasukan Institut Pengajian Guru (IPG). Insya-Allah Huda akan try mohon pulak untuk sesi tahun depan.

TAPI, sesuatu yang Huda tak pernah terfikir akan berlaku, Huda dapat lebih daripada Huda jangka!


Perasaan? Siyes happy gilaa! Terus turun nak bagi tau umi pasal ni, rela kejutkan umi yang tengah tido. Umi bangga kejap pastu dia cakap la nanti boleh la nak hantar and menginap rumah mak sedara Huda, Achik Ros. Beliau stay kat Taman Sri Andalas je. Achik Ros keje kat UPM gak, kat Fakulti Bahasa. Pastu abah balik, report kat abah plak. Tapi abah tanya, "Nak pergi ke?" Sebab abah kalo boleh nak anak dia belajar bawah tajaan MARA. Then I say yes.

Sebenarnya Huda target Diploma UiTM, siap buat first choice lagi. Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER) pilihan Huda ke4 tak silap. Huda isi pon sebab result Huda cukup-cukup je syarat nak masuk situ, iaitu minimum B untuk subjek Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Then masa tengah kemas kini, I was like 'poyo gila aku, asasi buat pilihan keempat, padahal susah dapat kot ngan result cukup makan.' Then Huda tukar jadi pilihan pertama. Hmm tak sangka dapat, rasa bersyukur sangat. Ramai jugak budak SMK KAMIL SPM 2014 dapat situ, antaranya dalam 8 orang la, tapi diorang sume kelas first and second, Huda sorang je daripada kelas third.

Masuk sana okey lagi waktu orientasi, bestt. Suka sangat.
Ni group Huda time orientasi. Sume hensem hensem and cantik cantik kan?

Boleh pulak roomate siyes baik gila, F502 tak silap. Diorang sume asal MRSM dan SBP, Huda je dari sekolah harian biasa.

Classmate Huda, even tak sempat kenal lama, I am kinda missing several of them :') Harap diorang tak lupa Huda.. Kuliah 18 





Then bila start study, Huda start tak enjoy. Ye, Huda mengaku, Huda tak boleh adapt dengan suasana situ. Start kelas pagi, balik petang, nak g kelas dengan bas, and Huda selalu lewat. Siyes letihh. Lecturer sana sume pangkat, fuhh memang hebat la. Ade pangkat Dr, Prof, Dr. Professor, sampai kan nak panggil lecturer tu kitorang kene tanya dulu nak bahasakan apa. Bunyi macam 'ek eleh, biase la adat la student kan?' No, Huda kenot go believe me, I've tried T_T

Its hard, tapi Huda rasa FOREVER ALONE sangat sangat. Pegi makan, duduk makan, pegi kelas, naik bas, mostly I am alone. Ada jugak jalan ngan classmate, tapi ITS VERY AWKWARD! Yea, sebab kenal baru 2 minggu kot.. Roomate dengan schoolmate pon tak sekelas. Huda even pernah jalan kaki sensorang daripada Kolej Ketiga Belas nak pergi amali pertanian about 700 metre and I was late about an hour, malu sesangat T_T Masuk lab, buat experiment, then lect suruh siapkan report without told us how to do it. Huda memang terpinga-pinga masa tu, format sama masa SPM ke? Rasa macam I was the stupidiest dalam kelas tu :'( Yea, memang Huda mengaku Huda lembik :(

Then, one night, with no reason, Huda call abah, Huda cakap Huda tak nak dok situ dah, Huda nak balik. Im not gonna tell my mom sebab beliau memang nak sangat Huda belajar situ. Im sorry umi, kali kedua Huda buat umi kecewa, first masa Huda tolak tawaran SBP. Huda teringat Huda dapat tawaran ke Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTMKB). Then, here I am now.

Even Huda pindah, I am very grateful, I am happy here. Result Sem1 pon okey.

Act, rindu. Siyes rindu.

Tak pela, rezeki ada dimana mana kan ;) Yang penting, Huda tak akan lupa sume kenangan Huda sempat tangkap sepanjang 2 minggu bergelar ASPER STREAMERS XI :'D

Pesanan untuk adik adik yang akan sambung ASPER, or sambung kat mana-mana pusat asasi even matrik, be strong, jangan lembik macam Huda. Don not ever give up and always break a leg. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh kan? Kawan-kawan Huda happy je stay sana. Nanti insyallah Huda akan update pasal ASPER okehh ;)

32 comments:

  1. it's okay, kita takboleh paksa diri bt bnda yg kita tk mampu buat kn? bljr kt mna2 pun sama ja janji ada minat tu :)

    ReplyDelete
  2. rezeki di mana-mana sis... be a student for continue our Rasullullah saw journey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya robbal alamiin. terima kasihh :D

      Delete
  3. wah.. saya baca sampai habis kak!! seram pulak nak tunggu result tahun depan.. harap dapat result yang membanggakan kedua ibubapa shawal.. takut lah kak.. part U tu pun satu hal lagi.. btw, tq sudi kongsi pengalaman akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. jangan berhenti berdoa tau! haha tak ade lah, nak takot ape, yang penting usahaa

      Delete
  4. wahhh akak bestnyaa dapat.. Seronok baca entry ni. Kawan-kawan amir ramai gak dapat tapi mostly tolak. Hahaha katanya nak berehat sakanlah, mak bapak tak kasilah.. Rezeki masing2 kan? So goodluck in ur life anyway. Takut tunggu result SPM keluar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha alhamdulillah.. oo untuk fast track ea? kitorang panggil trackkers *entah betol ke tak eja macam ni
      tq, jangan berhenti berdoa tau ;)

      Delete
  5. Hati kena kuat kan. Hehe.
    Perancangan Allah itu indah, mesti ada hikmah disebalik semuanya. Kan? :-)

    ReplyDelete
  6. takpa sis,. kalau kita buat something tapi tak berkenan dengan jiwa kita, tak kena jugak kan.. bagus ambil yang kita memang minat, memang dapat handle dan rasa tak terbeban. hehe all the best, sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea, terima kasihh sangat sebab memahami uhukk uhukk

      Delete
  7. its ok.. teruskan berjaya walaupun dimana.. yg penting buat apa yg kita minat.. in sya Allah.. smoga berjaya huda..#Kipidap #dongibab

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah rezeki ada dkt mna2 je. 1 day Huda msti bleh sesuaikan diri. sya pon mmg forever alone jgk lah kdg2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee . alhamdulillah sekarang da tak jadi forever alone da :D

      Delete
  9. Mana kita belajar, yg penting kita usaha. YAKIN DENGAN ALLAH. Keep strong and believe yourself. ^^ Salam kenal :) http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. heheeheheeheh qila pun lembik. takpe ja sis huda ;) <3

    ReplyDelete
  11. Belajar dekat mana-mana semua sama. Yang membezakan hanya diri kita sendiri. Dan bila dah masuk zaman U, kita kena pandai berdikari untuk hidup sendiri. Btw, do your best untuk your future :)

    ReplyDelete
  12. Belajar ini kena minat.. Kalau x minat dia cam susah sikit.. Huda bukan lembik cuma memang xleh gi kan.. Sekarang huda gembira.. Mayb ini pilihan terbaik untuk huda.. jadikan pengalaman..

    ReplyDelete
  13. Kita kena kuad dik...dpt tu rezeki dr Allah.knpa nk tolak..kn.
    bila kita tolak, maknanya menolak rezeki..kalah sblum berjuang.

    Apa2 pun do the best ye..doa ibu tu tiada hijab.

    ReplyDelete
  14. its okay, dear.. yg penting kita move on n tak pernah give up... saya pun quit my degree after a year... so, agak faham la.. hehehe, klu bidang study tu tak kena n terlalu memenatkan, memang susah nak adapt.. apa2pun, caiyok in yr life :)

    ReplyDelete
  15. nak belajar kena ikut apa kata hati. sebab yang nak belajar tu kita. sama la macam kawen. sebab yang nak menempuh tu kita :)

    ReplyDelete
  16. menarik mba, karena belajar itu tidak hanya di sekolah/kampus, salam kenal ya
    Harga dan Spesifikasi iPhone Terbaru

    ReplyDelete
  17. berpa result spm akak ?sayaa nk tau ,, sebb kakk ckp kan result cukop makan ����

    ReplyDelete
  18. Hai, saya ASPer batch 5 (SPM2008).

    Don't worry kalau tak boleh bawak, yang penting ikut minat. Kalau ada minat insya'Allah yang susah pun jadi mudah.

    Teringat kenangan semester 1 ASPer dulu, homesick sebab dari sekolah harian ulang alik dari rumah, sebulan pertama tu hati perit gak lah, risau semua sebab mostly ASPerian dari SPB, MRSM, SBT, family memang bagi semangat untuk teruskan. Teringat gak masa study Biology untuk final rasa macam nak quit je, tapi cekalkan hati jugak.

    Alhamdullillah lepas jugak ASPer, sekarang dah grad degree Animal Science last year dan tahun ni dah sambung Master research in Animal Nutrition.

    Good luck k. Keep updating.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...