Cara Nak Tahu Produk Pencuci Muka Yang Mengandungi Bahan Merkuri

Assalamualaikum..

Malam ni Huda nak share something yang Huda dapat daripada one of my following instagram, cara nak tahu ada samada produk yang kita guna selama ni ada Merkuri ke tak.

INGAT! Produk kecantikan yang membuahkan hasil tak semestinya selamat tau. Percaya atau tak, sesetengah produk memang la membuahkan hasil, tapi disebalik produk tu diorang dah selitkan saka bahan kimia yang berfungsi *jap nak pikey nak terangkan macam mana. Lebih kurang macam ni la, korang beli produk XY ni, memang la menjadik, then korang berenti guna. Tetiba kulit korang jadi lebih teruk. Means korang kene teruskan penggunaan produk XY ni kan? Haa tu la fungsi saka bahan bahaya tersebut.




Nasib baik produk feveret Huda, sabun beras ngan Safi tak buat masalah. So kali ni jugak Huda nak share produk feveret Huda :


Bunga Tanjung: RM2.50
Safi: RM6.00
Sabun beras: RM5 untuk 2 paket
Bedak Tanaka: RM5.00

Bunga Tanjung biasanya Huda pakai 2 hari sekali, means selang seli la. Hari ni Huda pakai, esok tak. Huda suka sangat sebab dia sebenarnya bahan tradisional, macam pasir la. Boleh dijadikan scrub. Lepas pakai muka rasa lembut je, blackhead pon hilang.
Safi plak Huda bukan stakat pakai pencuci muka je, Huda pon suka BB Krim Safi, Toner Safi pon Huda suka. Beside Safi tak mahal sangat so sangat sesuai untuk student macam Huda kan
Sabun beras plak biasanya Huda jadikan sabun badan sebab Huda tak boleh guna kat muka, nanti muka Huda pedih-pedih yang Huda tak boleh terima kenyataan. Lepas pakai sabun beras as sabun badan, ramai jugak orang tegur kulit Huda makin cerah. Huda kenot go ngan sabun Dettol ngan Lifebuoy, mesti kulit kat bahagian lengan and belakang bahu kering dan menggelupas, nak sembuhkan Huda pakai sabun beras, terus okey.
Bedak Tanaka plak Huda kadang-kadang pakai time tido, tapi tak suka sangat sebab pagi tu abis kuning bantal kan. Huda suka pakai sebelum mandi. Kalau rajin, Huda pakai tiap-tiap hari, memang jerawat susah nak naik.

Murah je kan? yeah, yang mahal tidak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal. Semua ni Huda beli kat pasar minggu je. Sangat mudah didapati, hasilnya pon sangat memuaskan!




p/s : masih sedang mencari produk untuk hilangkan parut jerawat diatas dahi. Any suggestion?

24 comments:

  1. first time dgr pasal bedak tanaka dgn bunga tanjung

    ReplyDelete
  2. kak huda, blh ina tanya?
    yang dia letak kat api tu sabun produk tu eh?

    btw ina guna babies blink. alhamdulillah setakat ni berhasil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye feedback babies blink pon okey ;) ye bakar sabun tu, x payah tambah air

      Delete
  3. Yana penah buat test ni, guna pencuci muka shaklee enfuselle. Alhamdulilah, bebas merkuri ^_^

    ReplyDelete
  4. Boleh try sendiri kat umah eh? Nk try jugak lah. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah, saya pun suka gila dengan Safi. Satu, Safi ni murah. Pencuci muka dengan BB cream dia wangi. Seronok je bila pakai. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaa. kak huda guna sejak skolah rendah lagi produk safi

      Delete
  6. hahhh.. o.o
    Lissa guna Dnars.. erkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ramai yg guna dnars and memang berhasil. wallahualam

      Delete
  7. Akak pernah pakai bedak tanak tapi yang bunga tanjung tu baru tahu juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestt. tapi bukan sume org sesuai, sesetengah kulit sensitif x boleh gak

      Delete
  8. mujur safi dengan sabun beras tu selamat. memang kita guna hari2 huuuu

    ReplyDelete
  9. dulu pemes jugak sabun beras tu. mmg sesuai tuk bahagaian2 yg hitam di badan..

    Jemput singgah Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia

    ReplyDelete
  10. Assalam.Nak tanya,bedak tanaka ada lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam saya tak jual saya cuma berkongsi hehe sorry

      Delete
  11. hehehehehe thanks sis huda!!! <3333
    alamak qila kena cari safi balik lah ni kut uhuhuhu
    sabun beras tu murah gila kut ahaha
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa ambooii alaa kalo produk lain lagi bagus drpd safi, just keep going la. kelantan dekat ngan thailand, sbb tu murah kot

      Delete
  12. thanksss utk tips. nanti nak cubaaaa huhu :(

    ReplyDelete
  13. wah tips mantop .. tak tahu pulak . hehe
    tapi yg kelaka part saka tulah . hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...