- Beli no unik ID (no pin UPU) di kaunter Bank Nasional Berhad (BSN). Harga untuk tahun ni tak pasti, tapi tahun lepas RM15.60 sahaja. Lepas beli simpan leklok! Lagi bagus kalau adik-adik ambik gambar no rujukan dan simpan dalam handphone sebab bila resit@nombor pin tu dah hilang, adik terpaksa beli baru, macam akak tahun lepas resit terkene air sampai tak nampak no pin T_T
- Bila dah ada no PIN, pergi ke http://upu.mohe.gov.my/web/
- Sebelum isi, BACA, diulangi BACA maklumat penting, syarat permohonan, panduan memohon dan soalan lazim.
- Kemudian lengkapkan SEMUA yang ditanya di borang online.
- Klik butang SAH & HANTAR.
- Adik adik jugak boleh sentiasa kemaskini permohonan adik adik. Kemaskinian hanya boleh dibuat 3 kali atau tiada had, akak tak pasti, sorry --''
Atau adik-adik boleh tengok carta aliran SINI
Di sini jugak akak nak share tips untuk adik adik pilih kos or aliran yang adik adik nak pohon. Ramai sebenarnya calon SPM yang layak mendapat tempat di IPTA tapi gagal mendapat tawaran disebabkan oleh beberapa faktor :
Pohon kos yang tidak sesuai dengan result.
Contohnya si A dapat 9B tapi si A nak mintak Asasi Uitm, konfem tak lepas dikk. Untuk adik yang nak tahu apa yang adik layak pohon dengan result adik dapat, adik pergi ke http://www.selangkah.uitm.edu.my/, http://upu.semaksyarat.info/, atau google jeh semak syarat permohonan UPU. haa lagi satu lupa nak bagitau, adik-adik kalo boleh sangat sangat join Karnival Jom Masuk U yang slalu diadakan setiap tahun or any karnival tak kira IPTA atau IPTS. Kat situ adik-adik boleh korek sedalam mungkin info adik-adik tentang sesuatu pusat IPT.
Pohon kos yang tidak sama aliran subjek SPM
Kita sendiri tahu subjek apa kita ambik sewaktu SPM kan? So kita kena isi dan mintak kos yang layak dengan subjek yang kita ambik. Akak bagi contoh, si B belajar SPM aliran sains kemanusiaan tapi si B nak mohon Diploma Farmasi yang memerlukan subjek Kimia. Tak boleh la macam tu B ..
Terlepas tarikh permohonan
Haa, sini adik-adik harus diingatkan untuk lebih peka dan cakna tarikh-tarikh penting UPU agar kita tak terlewat untuk memohon. Akak nasihatkan adik jangan lengah-lengahkan sebab kawan akak tahun lepas isi last minutes, line masa tu memang susah sebab beribu-ribu lagi pelajar tengah log in. Nasib baik ada penangguhan tarikh tutup permohonan.
Pohonlah aliran mengikut minat dan keupayaan
Okey ni akak bercakap berdasarkan pengalaman akak. Kalau boleh adik kenal pasti minat adik, kalau adik tak tau minat adik, adik boleh berjumpa dengan kaunselor atau buat pemeriksaan personaliti sendiri. Sebab kos yang adik belajar adalah benda yang adik akan buat sepanjang hidup adik. Dan untuk adik-adik yang SPM sederhana sahaja, adik harus berusaha lebih kuat dan jangan mudah putus asa semasa di IPT lebih lebih lagi adik-adik yang belajar benda yang agak susah. Jangan jadi macam akak, menyusahkan mak bapak je hmm *tskk tskk T__T
Pape pon, akak doakan adik-adik akan dapat yang terbaik dan berjaya bukan hanya di dunia malahan di akhirat amiin ya robbal alamiin :D
teringat pulak beberapa tahun lepas.. time isi upu ni tuk sambung study... hehehe
ReplyDeleteSemoga lepasan SPM (juga STPM) berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
ReplyDeleteSatu perkongsian yang amat berguna terutama untuk lepasan SPM seperti saya.. ^_^
ReplyDeleteBagus juga ni, khas untuk pelajar2 yang baru sahaja habis SPM
ReplyDeletebagus info.,
ReplyDeletecara2 nk apply ptptn ade tak cik kak huda ? hehe2
rasa nak mohon sbb yui bru hbs spm.. heee.. kui2
ReplyDeleteterima kasih akak atas informasi!
ReplyDeletenak semak syarat tapi sedang dikemaskini,,,,tersangatlah gerammm
ReplyDeleteboleh ke buat pilihan pertama, kedua, ketiga semua sains... *mohon pencerahan
ReplyDeleteboleh ke buat pilihan pertama, kedua dan ketiga semua kos yang sama cthnya sains semuanya...*mohon pencerahan
ReplyDeleteWahh tq! Btw Sis nak tanya. Hehe isi borang upu ni after dapat result spm ke? Ataupun sebelum exam spm? Sebab spm 7 haribulan 11 ni. Tq☺
ReplyDelete