Azam Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016 :D

Kali ni Huda nak nyatakan bajet azam 2016 Huda, so kalo Huda tak laksanakan semua ni, please cubet pipi Huda sekuat hati :P


Nak jadi muslimah yang lebih baik
  • Taknak lewatkan solat
  • Tiap kali lepas maghrib baca alQuran+yaasiin sampai isyak
  • Sadokan hati daripada benda-benda tak berfaedah

Nak berjimat cermat time dok kolej
  • No more sweet drinks! *fuhh susah ni
  • No more fast food! *KFC, BurgerKing
  • Beli barang keperluan sahaja, bukan kemahuan

Nak study harder!
  • Taknak da study last minutes macam sem lepas
  • Dean list insyaAllah..

Nak kurus! *target 55kg
  • Execise everyday
  • Puasa Isnin Khamis
  • Jaga makan

Nak buat banyak duit!
  • Menabung
  • Blogging
  • Jual Topup
  • Printing service
  • Jual makanan ringan

So, semua yang baca ni Huda mohon doakan azam Huda tercapai dengan jayanya. Dengan harapan azam korang pon turut tercapai ;) Kalau tak terlaksana? Kita bawak semua azam-azam ni ke tahun depan okeh? HUHUHU --''

So, kali ni Huda throwback sikit-sikit kenangan pada tahun 2015, banyak pahit, banyak jugak manisnya.

Officially graduated from SMK Kamil. 2010-2015

Used to be ASPER STREAMERS XI for 2 weeks. Lokasi: Bukit Ekspo

My Eldest sister, Muja get married!

quit from UPM, continue in Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu in Diploma in Business Management.

Aku kenal sape yang ada time aku susah dan tumpang gembira time aku senang.  Aku kenal sape kawan sape sahabat. Aku kenal kawan, musuh, duri dalam daging, kawan dalam diam.

Pape pon, Huda doakan agar semua yang akan berlaku tahun ni akan jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya :D

19 comments:

  1. akak suka azam yg nak kurus tu puasa isnin khamis. akak pun nak buat juga lah kena puasa isnin khamis ni.... berat akak 59kg sis... berat masa akak pregnant tu... dl masa anak satu berat 48kg je... tp betul sis pengalaman akak ganti puasa sebulan ms lahir anak pertama sehari nak puasa. lepas tu mmg kurus habis 48kg ja...

    By the way sis salah seorang pemenang GA akhir tahun sheilainspire 2015
    http://www.sheilainspire.com/2016/01/pemenang-ga-akhir-tahun-sheila-inspire.html

    ReplyDelete
  2. syok tgk adik beradik ramai meriah sgt... :)

    ReplyDelete
  3. SADOKAN DIRI ANDA SIS HUDA!
    WUHUW I KNOW U CN DO IT HEHEHEHEHE <3

    ReplyDelete
  4. semoga smua azam tercapai , dan hidup lebih baik dari yang semalam :) selamat tahun baru :D

    ReplyDelete
  5. All the best untuk azam 2016, sis ! :D

    ReplyDelete
  6. MD kalau diet pon paling rindu air manis lahhh.. haha.. Selamat Tahun Baru.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. MD follow sini jugak =)

    ReplyDelete
  7. SALAM MOGA TERCAPAI SEMUANYA :)
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    ReplyDelete
  8. semoga tercapai semua impian terutama bab nak berjimat dgn cari duit tu ye sis..

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah semoga tercapai azam...semangat yokk.
    Tq dik dtg blog knor n follow..

    N akak follow juga

    ReplyDelete
  10. semoga semuanya tercapai terutama part fast food..that's very challenging hiks

    ReplyDelete
  11. part air manis tu susah la nak kawal T.T tapi boleh kurus klau puasa air manis

    ReplyDelete
  12. All the best! Yakin boleh! Hehe

    ReplyDelete
  13. insya allah semua akan tercapai...aminnn

    ReplyDelete
  14. Azam tahun sebelum ni masih ada yg xtercapai ..sob sob sedih

    ReplyDelete
  15. moga tercapai semua azam tu, good luck ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...