Tanda-tanda obses dengan kucing.

Ailurophile? Apakah? Maksud Ailurophile adalah pencinta kucing atau dalam omputih cat lover. Huda bukan setakat cinta, tapi Huda kene mengaku Huda memang obses dengan kucing, terutamanya kucing Huda, Abang. Kenapa? Ni antara tanda-tanda Huda obses dengan kucing :

GALERI PENUH DENGAN GAMBAR KUCING
Tak kira la geleri atau album apa pon, mesti penuh dengan gambar kucing. Facebook, Twitter, Intagram, even dalam file pictures laptop Huda pon ade file khas untuk dipenuhi dengan gambar-gambar Abang. Abang tengah tido, makan, minum susu pon Huda ambik gambar. Siap buat video lagi haha :P

TAK BOLEH TENGOK KUCING TIDUR DENGAN TENANG
Tak boleh, memang tak boleh. Huda tengok Abang tido mula lah nak kacau, nak peluk, nak gosok-gosok, ambik gambar. Huda suka sangat ambik gambar Abang tido, padahal tido je pon, bukan menang anugerah ke hape. Tido macam kucing normal tido, tapi Huda memang tak boleh, GERAM

TAK BOLEH TENGOK KUCING SAKIT
Huda tak boleh tengok Abang sakit, Huda akan rasa sedih dan kesian. Huda pernah sampai nangis-nangis sebab Abang demam hari tu, sampaikan kene hantar pergi veterinar. Padahal bagi orang lain *mentality orang kampung kucing demam tu benda biasa je. Dalam 2,3 hari sembuh lah. Tapi Huda tak sanggup tengok Abang asyik tido je, tak aktif. Tambah pulak kaki Abang bengkak masa tu. Huda tak boleh tengok kucing sakit, even kucing tu sampai tahap berkurap berkudis, kotor dan agak hilang kecomelan, Huda tetap akan kesian.

MUDAH TERGODA DENGAN BUNYI KUCING
Tak kira semalas mana Huda time tu, tengah busy ke, tengah tido ke, Huda akan bangun pergi kat Abang kalau dengar Abang me'meow'. Abang pulak jenis suka merayap, balik rumah time lapar atau nak tidur je. Dia balik, dia akan me'meow' sampai satu rumah boleh dengar suara dia. Huda suka dengar bunyi 'phuurr' bila Huda gosok Abang. Bunyi kucing boleh redakan stress kita tau ;)


SELALU DIBELENGGU RINDU
Tak boleh kalau tak jumpa sehari, mulai la risau. Huda akan start tanya umi, kakak, adik, 'ada nampak Abang tak?' Duduk asrama dulu pon, kalau balik time hujung minggu, mesti nak cari Abang dulu.

NAK SELALU BERSAMA
Malam-malam kalau Abang ada, Huda siap tido sekali dengan Abang. Time tengah taip entry ni pon Abang tengah tido tepi ni haa. Kalau Abang merayap lama-lama, Abang balik mesti Huda membebel. 'Abang g mano? Tahu dok Kak Cik rindu?' Kadang-kadang Huda tutup pintu sebab tak nak bagi Abang keluar. Kejam kan? hehehe

BERCAKAP DENGAN KUCING
Macam kelakar, tapi Huda selalu cakap dengan Abang. Huda tak pasti kaum kucing ni faham tak kalau kita kata sesuatu kat diorang, ada kajian cakap kucing faham tapi diorang malas nak layan. Hahaha apelaa kejam sangat. 'Kak Cik sayang Abang tahu dok?' 'Abang makan dah? Lapar ke?' 'Abang main mana ni kotor' 'Jom mandi nak?'

Huda tak pasti Huda ni boleh dikategorikan masih waras atau sudah tak waras, yang penting Huda sayang kucing. Huda harap suatu hari nanti bakal suami pon suka kucing sebab Huda nak bela kucing banyak-banyak! Kalau bakal suami tak suka pon beliau kene suka jugak, tak kira. hehehe

14 comments:

  1. sama macam saya obses dengan anak sendiri lah hihihih. sama situasi dengan huda :D

    ReplyDelete
  2. Kalau Huda nak tahu rumah kami ada kucing yg salahs atunya sama belang yg Huda pegang tu. Nama dia mimik tapi mama ni jenis takut kucing. Anak-anak aje yg tak boleh berenggang. Jadi bila duduk asrama selalu tanya khabar kucing. Makan kucing aje sebulan dah beratus-ratus.

    ReplyDelete
  3. Kak Lissa pun suka kucing! ada 6 ekor semuanya.. hahahaha bestkan ada kucing.. ada penawar jiwa yang gundah gulana, merana, kecewa....... eh.

    ReplyDelete
  4. Wahhh minatnya hudaa dengan kucing. Dulu2 suka lah sekarang tak sangat dah. Hahaha. Boleh pulak macam tu kan :P

    ReplyDelete
  5. comelnya Abang! haha even Hana takdelah obses tapi sayang kucing tu adalah, tambah tambah sejak bela Jamer kat rumah sewa tu :) baru empat hari tak jumpa tapi aish rindu sungguh, rindu nak main ngan dia, bagi dia makan, nak peluk hehe

    ReplyDelete
  6. hm sah.
    sah sah sah qila obses...........dgn kucing.
    Hahahahaha eeeeeee kesian betul kucing kan, manusia jgk la obses dkt dia hiks.

    ReplyDelete
  7. Oh! baru tau maksud Ailurophile nih! pencinta kucing, thanks shared.
    Orang yang suka kucing normallah kalau bercakap dengan kucing.
    Mrs. A pun rajin jer.. bercakap dengan kucing ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  8. Begitulah bila dah sayangkan huda...tapi yang bercakap dengan kucing tu betul..kak PC bila balik kampung akan bahasakan diri kakak dengan kucing..dan mma bba akk pun akan ckp dengan kucing..jangan merayap nanti kakak balik kampung habislah calit dengan koneng kena bebel..haha..

    ReplyDelete
  9. slalu rinduu.. ahahahhaha.. ccoomelnyaaa.. saya suka tapi tak obses.. anyway jom singgah blog sayaa.. cuci mata http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete
  10. Saya mmg minat kucing.. Terutama kucing hitam.. Tapi tak dapat bela kucing dah sbb ada alahan pula skrg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...