Fakta mengenai pembukaan AEON Mall Kota Bharu

Sebenarnya, AEON Mall Kota Bharu dah sebulan dah bukak, Huda je baru sempat nak update entry. Ni pon sebab Huda dah start cuti sem 2 bulan, insyallah Huda akan update entry yang Huda kumpulan sebelum ni ;)

Hope korang enjoy fakta yang membosankan mengenai pembukaan AEON Mall Kota Bharu :D

1. AEON Mall Kota Bharu bernilai 300juta dan merupakan syarikat AEON pertama di Kelantan malahan di Pantai Timur. Merupakan kompleks keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 1.3 juta kaki persegi (120,774 meter persegi) dan menawarkan sejumlah 178 lot kedai. Tempat letak kereta pon agak besar, hingga muat 2400 buah kereta. AEON Mall Kota Bharu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan sehingga 1000 orang. Alhamdulillah :) [Sumber Utusan]



2.  Pembukaan AEON Mall Kota Bharu dirasmikan pada 28 April 2016 pada pukul 8 pagi tetapi malam pembukaan tu dah ramai orang tunggu depan pintu masuk, semata-mata nak rebut promosi yang ada. Pada hari pembukaan AEON Mall Kota Bharu, bandar Kota Bharu jammed yang amat. Selalunya dari Kota bharu nak pergi Pengkalan Chepa 15 minit je, hari tu sampaikan 2 jam --'' Lama jugak nak hilang musim jammed, makan masa seminggu jugak la. Kena mengaku orang Kelantan agak kemaruk sebab kami tak pernah rasa wujudnya mall sebesar ini. HAHAHA




3. Bertempat di Lembah Sireh, berhampiran terminal bas Kota Bharu, Tesco Kelantan dan sebagai salah seorang pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu cawangan Lembah Sireh (KPTMKB), adalah menjadi satu kebanggan bagi Huda apabila AEON Mall Kota Bharu dibuka betul-betul hadapan KPTMKB, hanya jalan raya yang memisahkan. Tolong doakan duit-duit pinjaman MARA yang akan terbang nanti :'(



4.  AEON Mall Kota Bharu kali ni sangat romantik sebab menggunakan tema Sakura, acah-acah ada kat Jepun. Tapi cantik sangat diorang hias *thumbs up



Disebabkan Huda tak sempat nak ambik gambar sangat dengan sakura yang ada, Huda ciplak gambar girlfriends Huda. Thank you Yaya, Beela, Hana, Yoe muah muaah :*







5.  Banyak syarikat yang buat promosi gempak gilaaa, contohnya H&M buat promo 200 pelanggan pertama dapat totebag H&M dan voucher, 3 lucky draw dapat RM500, RM200, dan RM100! RM50 dia kasik jugak, lupa da brape orang.



Harold's Bread buat promosi kalau beli atas daripada RM10, dapat air kopi percuma! Huda kenot betul la dengan makanan or minuman percuma nih haihhh



Habis je listening test, Huda, Mikkah dan Yana terus serbu AEON Mall Kota Bharu, bawak skali lah buku-buku kuliah, disebabkan terlampau excited tak boleh tunggu. Listening test pon tak boleh nak fokus sebab teringatkan AEON je k tipu je



Padini jugak buat promo gempak gilaaaa! Tapi sayangnya hanya untuk 4 hari sahaja T_T Que nak bayar punya laa panjang, maka beraturlah dengan penuh kesabaran.



Percaya atau tidak, Boat Noodles buat makan free selama dua hari tau! Ala ala doa selamat gittew. Sebelum ni ramai orang luar cakap Boat Noodles ni best la, Huda try lah. Hmm mungkin tak kena dengan lidah Huda kottt. Part paling lawak kitorang order menu yang murah-murah je sebab nak jimat, last-last dapat tau hari tu makan free. Lahai ruginyaa


AEON punya promo tak kurang hebatnya. A pair of shoe only RM39? Cantik pulak tu, Huda beli sepasang untuk pakai dinner malam tu. huhuk Bukan stakat kasut je diorang buat promosi, baju ada, seluar ada, beg, skirt, ahh macam-macam lah!




6.  Banyak syarikat-syarikat buka cawangan mereka yang pertama di Kelantan setelah munculnya AEON Mall Kota Bharu ni. Antaranya PappaRich, Black Canyon, Nando's, Big Bob Burger and Coffee, Kaison, Dapur Penyet, Harold's Bread, Boat Noodles, Daiso, dan banyak lagi lah. Huda yang ibarat katak bawah tempurung ni macam "laa wujud dih keda gini" Contohnya PappaRich, BACA SINI

Huda da try Boat Noodles for the first time yeayy!


7.  Kalau dulu, Kelantan ada KB Mall je, sekarang KB Mall dah ada pesaing sengit, iaitu AEON Mall Kota Bharu. Sekarang KB Mall agak sunyi, tapi KB Mall still ada syarikat yang AEON Mall Kota Bharu takde, contohnya McDonald, Seoul Garden, dan Big Apple. Sehinggakan rakyat Kelantan buat cerpen bertajuk 'Luahan Hati KB Mall'. Hahaha nakal laah



8.  Dulu memang ada syarikat wayang nak buat kat AEON Mall Kota Bharu, tapi tarik diri disebabkan syarat yang terlalu ketat. So, Kelantan masih lagi kekal sebagai negeri tanpa panggung wayang. Tak tau nak sedih ke nak gembira.

Sumber Oh Media


Tbh, Huda tak sangka pembinaan AEON Mall Kota Bharu yang besar tu boleh disiapkan dalam tempoh setahun atau kurang. Sebab masa Huda daftar KPTM dulu, akhir bulan 6, tapak AEON tu hanyalah padang pasir. Tengok, akhir bulan April dah mula operasi. So, Huda dah lali dengan penampakan abang Bangla, tapi setakat ni Huda takde dengar bangla-bangla ni buat hal. Kadang-kadang rasa sayang sebab orang melayu terlalu memilih kerja. Rugi, peluang ada tapi ....

Sekian fakta yang tak berapa penting. Saya, Nurhuda, melaporkan untuk Astro Awatni. Eh??

19 comments:

  1. Wah tema sakura tu nmpk menarik laa. Dh lama tk pgi kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a.a. tak mampu ke jepun, aeon pon jadi la :P

      Delete
  2. Terbaik! cuma harapan kakak dgn pembukaan Aeon di situ tidak menjejaskan ekonomi para usahawan bumiputera yg berniaga kecil-kecilan. Kakak sebenarnya salute dgn para usahawan bumiputera di Pantai Timur. Mereka org kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, setujuu sangat kakzakie. sepatutnya usahawan patut pandai rebut peluang yg ada

      Delete
  3. sy prnh pegi Klate sekali je 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang la lagi, kelate skrg dah maju beberapa tapak hehehe

      Delete
  4. huweiiii bestnyoooooooooooo hihihihi boleh lah kita nnt hangout eh kalu qila kelik kelate??? eh :p hihihi

    ReplyDelete
  5. Perghh untung gila Boat Noodle buat makan free dua hari. Syok lah anak tekak. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak untung pon, sebab tak kena dengan tekak agaknya

      Delete
  6. meriahnya pelancaran EON kb Mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea, sbb kitorang belum pernah ada mall sebesar ni kat kelantan

      Delete
  7. Dah lupa bila last menjejakkan kaki ke KB nih! hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kuatkan ingatan mu, datanglah ke kb!

      Delete
  8. nnt sy dtg ke lantan boleh laa sy sggh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea tepat skali. tapi kalau datang kelantan lagi best pegi tempat2 riadah macam pantai ke, sungai ke

      Delete
  9. ingatkan dekat pavi.. rupanya dekat kelantan.. ramainyaa umat manusia....

    ReplyDelete
  10. View dia mmg romantik, rugi klu xb'gambar.... kita sama la pantang jumpa perkataan free...;-)

    ReplyDelete
  11. bestlaa Kelantan skrang.. ada mcam2 da.. prasan banyak da building baru..
    tak kenal da Pasar SIti Khadijah.. nasib p tempat yang betoi hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...