Panduan Mendaki Bukit Kluang, Besut, Teregganu


Assalamualaikum dan selamat berpuasa semuanyaa.. Kali ni Huda nak share tips and panduan nak daki Bukit Kluang bagi hakak-hakak dan abang-abang yang belum tahu atau konfius. Maklumlah selama ni belum pernah daki bukit, sibuk sangat ternak lemak atas katil ye *macam cakap kat diri sendiri je --''

Bukit Kluang ni terletak kat Besut, Terengganu. So kalau uols datang melawat Terengganu@Kelantan, uols datang la Bukit Kluang ni. Free je! Kalau uols sayangkan hasil ternakan lemak uols, uols boleh pergi pantai Bukit Kluang yang siyes cantik sangat! So, sape-sape yang nak hiking plak meh Huda nak share panduan daki Bukit Kluang agar urusan uols nanti dipermudahkan Insyaallah :)

1. PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI
Sesuai macam mana? Pakai kasut, sebab takut time daki tu tanah licin, tambah pulak kalau hujan. Second time Huda daki, malam tu hujan lebat, sampaikan otw kitorang daki ada pokok tumbang tengah jalan. Agak bahaya. Pakai stokin, takot kaki melecet. Pakai baju cotton, dan seluar slack, serap peluh dan tak panas. Oh Jangan lupa baju yang menutup aurat dan memenuhi syariat Islam tau ;)
Contohi kami.

2. SEDIAKAN PERALATAN SECUKUPNYA
Untuk mendaki, Huda suggest bawak 2 perkara je, kain buat lap peluh time mendaki peluh banyaak keluar, macam dah mandi peluh da and air masak kalau nak hipster sangat bawak air starbuck, untuk gantikan peluh yang keluar dan menghilangkan dahaga yang amat. Dan disarankan masing-masing bawak air masak sendiri agar tak menyusahkan orang lain. Orang lain penat-penat bawak air masak, kau sesedap je minum kan. Dan kalau boleh jangan bawak banyak sangat barang, nanti beg uolls akan berat, leceh time mendaki nanti ;)
Muka lega dapat minum air. Huhuk

3. BUAT SENAMAN SEBELUM MENDAKI (WARMING UP)
Senaman ni bertujuan melonggarkan otot-otot kita supaya diorang tak terkejut kerana sedar dari mimpi lena terus buat aktiviti berat, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, dan mengelakkan daripada kecederaan semasa mendaki. Bila tiba kat Bukit Kluang, kita kena jalan kaki dalam 10 minit untuk sampai kaki bukit or starting point. Tak mendaki lagi dah berpeluh hahaha tapi okey la. Sampai kat kaki bukit boleh terus buat streching. Ni penting tau jangan pandang sebelah mata!
Walking like there is no ending kbye.

Perhatikan orang di belakang Huda.

Lets start our journey! Tapi jangan lupa doa dulu untuk keselamatan bersama tau!

4. SAFETY FIRST DAN BEKERJASAMA SEMASA MENDAKI
Daki Bukit Kluang takde la mencabar macam daki Gunung Kinabalu, tapi letih tu boleh tahan jugakla. Kalau lelah or letih, berhenti. Banyak jugak pondok ada kat atas Bukit Kluang ni. Kalau letih time takde pondok rehat, duduk atas tanah juga memadai.

 Bukit Kluang ni agak senang sebab dah ada laluan, or track untuk kita lalu. Jadi agak mustahil untuk sesat. Kalau part yang agak cerun, dia buat tali untuk kita bergantung harapan agar tak jatuh. Walaupun cerita Wonderpets dah takde, tapi KERJASAMA antara team kene ade. Time awak nak jatuh saya pegang, kalau saya nak jatuh awak pegang, kalau dua-dua nak jatuh kita jatuh bersama-sama.

Tapi jangan risau segala keletihan dan peluh akan hilang bila kita tiba atas puncak Bukit Kluang indah yang amat! Lebih-lebih lagi time sun rise or sun down. Cantiiik! Subhanallah, itu Allah yang punya.
Eh hai papparazzi

Petanda arah, senang skit nak terbang lepas ni.

And you know u're about to finish when you see.....
TANGGA!

Even dah nak sampai tetap kene hati-hati tau!

5. JAGA KEBERSIHAN DAN ALAM SEMULAJADI
Ha! Ingat mencemarkan alam sekitar ni tak berdosa ke? Mohon jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata, botol air ke, plastik ke, tolong bawak  turun or buang dalam tong sampah atas bukit tu. Jangan sebab kita orang lain susah. Jangan rosakkan harta benda atas bukit, naik bukit da free tapi tak reti nak bersyukur. haa kan da kene bebel.

6. BERISTIREHAT
Lepas penat mendaki, kita boleh berehat kat Pantai Bukit Kluang! Cantik sangat pantai dia. Banyak aktiviti jugak boleh buat kat sini. Antaranya:
Mandi-manda


Naik Banana Boat! Huda naik bende ni rilek je, takde la mencabar sangat. Tapi kalau ajak naik sekali lagi terima kasih je la hehehe...

BBQ dan picnic di celah-celah batu belah batu bertangkup! Jangan risau korang tak akan ditelan huhu


Buat photoshoot ala ala hipsturr gitteww. nak buat pre-wedding kang tak sampai seru lagi :P

So, uols tunggu apa lagi? Jom bakar lemak-lemak yang ada dengan mendaki Bukit Kluang sekarang jugak!



9 comments:

  1. seronoknya menikmati keindahan alam...

    ReplyDelete
  2. Saya prnh dgr nama tmpt Kluang tapi kat Johor. Rupanya kt ganu pun ada Bukit Kluang. Saya mmg minat daki2 ini tp x berani nak prgi sorg2 sbb saya mmg mudah sesat ahaha

    ReplyDelete
  3. ooo ada trek rupanya.. hehe last pengalaman saya naik gunung kinabalu tapi sampai laban rata je.. sejuk ooo ketika naik best2.. hehe..


    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya saya belajar kat terengganu 3 tahun tapi x pernah lagi pergi sana

    ReplyDelete
  5. hahahaha banana boat tu mcm sengsara sikit kan ahaha adik qila cerita aduhai tudung semua tercabut sbb abg tu bwk laju gila and kuraja betul cara dia campak kita ahahhaahhaha and dia kata mmg sakit hidung but utk experience ok la.
    tp mmg takkan buat dah hahaha

    ReplyDelete
  6. Lebih suka aktiviti di pantai dari daki bukit.
    Lagipun takde kawan sekepala yang rajin mendaki bukit.

    ReplyDelete
  7. Hi Huda, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  8. singgah gak sini otw ke KT.. tapi xde panjat2.. enjoy sunset je hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...