PappaRich Pertama di Kelantan kini dibuka di AEON Mall Kota Bharu

Pada 28 April haritu AEON Mall Kota Bharu telah dibuka buat pertama kali. Hari tu jugaklah Huda and my sisto, Muja ada jemputan untuk lunch di PapaRich. Untuk pengetahuan uolss, PappaRich kat AEON Mall Kota Bharu ni adalah cawangan PappaRich pertama di AEON berserta cawangan pertama Pantai Timur tau!

Sebelum ni, sebagai salah seorang warga Kelantan sejati, Huda tak pernah tahu pon wujudnya restoran bernama PappaRich ni. Dalam kepala "emm maybe western kutt..." But I am wrong :P


Apa yang special kat PappaRich?
Papparich ni rupa-rupanya restoran yang menyediakan makanan tradisional dari seluruh negeri di Malaysia, tapi  berjaya tembusi pasaran luar negara seperti Korea Selatan, Greenland, China, Brunei, Amerika Syarikat, Singapura, Myanmar, Australia, New Zealand, dan Hong Kong. Wah, bangga jadi orang Malaysia, apatah lagi orang Kelantan memandangkan PappaRich sudah ada kat sini :D

Visi PappaRich sendiri adalah "Akan dikenali sebagai jenama global yang menyediakan masakan Malaysia tulen di seluruh dunia." Hebat kan?

Makanan dia? Sooo sedap! Banyak menu boleh pilih, ada Nasi Lemak, pelbagai jenis Kuew Teow, Roti Bakar, Stevia White Coffee yang rendah kalori, Mee, Nasi Goreng, macam-macam lagi lah! Tapi bukan sebarang mee/kuewteow/nasi tau, in PappaRich way.

Coconut Paradise, sedap! Huda tak pernah cuba minuman sebegini, tapi I think I've fall in love at first taste!

Wan Tan Hor, CharKuewTeow ala ala Chinease. Siyes sedap! Huda bagi 5 Bintang!

Layanan pekerja PappaRich amat memuaskan. Dah la peramah, hensem pulak tu. Kalo gegirl plak comel comel. Asyik senyum je. Selain tu, tak perlu ragu lagi sebab PappaRich juga telah diiktiraf Halal oleh JAKIM.


This is Miss Wendy, sangat peramah dan cun melecun. Thank you Miss for the warming service :D
and sorry for being late T__T


Kesimpulannya, orang-orang Kelantan mesti singgah dan makan kat sini sebab korang tak akan menyesal! Sedap, harga berpatutan, layanan mesra oleh pekerja, selesa, classy, macam-macam lagilah ;)

Lokasi?
Lot S41, Second Floor, AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.



Waktu operasi?
Isnin-Ahad: 10pagi-10.30malam
Jumaat: 12.30tghhari-2.30 petang tutup sempena solat Jumaat.

Contact?
Tel: +609 740 5630
Laman web: papparich.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/papparichgroup
Instagram: papparich.my

p/s: Thank you kakak sebab perkenalkan adikmu yang cantik  ni mengenali restoran PappaRich :P
Jom baca entry Muja: PappaRich- Semua Malaysian Delights Dalam Satu Restoran Gah!

3 comments:

  1. wah..kelantan dah ada PapaRich..Moga2 lebih banyak pembangunan dan peluang pekerjaan untuk anak2 kelantan kelak

    ReplyDelete
  2. bolah laa berbuka kt situ kan nnt ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...