Sebab aku sayang kucing la bertungkus lumus ngan adik aku, pegang kaki Abbang, sapu gamat, balut pastu stepler sebab salotip aku tak jumpa. Last last Abbang buang tisu yang aku balut beliau tanpa fikir perasaan aku akan tersinggung dengan aktiviti tu. Takpe, sebab aku sayang Abbang aku tak marah. Mungkin dia tak selesa.
Maaf hanya ini tuanmu mampu lakukan untukmu Abbang busuk busukk. Nak mandikan aku takot kau terseksa.
Alhamdulillah 2 hari lepas tu dah boleh berjalan macam kucing normal. Abbang kembali ceria HAHAHA aku berjayaa :D
Aku sayang kucing ni jugak. Beliau baru menetap tanpa diundang rumah aku dalam 3 hari lepas. Teruk jugak kudis kat telinga beliau. Sebab aku sayang aku dah sapu ubat dan macam biasa, tugas kucing adalah jilat balik ubat yang kita sapu.
Hmm aku tak pasti kucing ni mampu bertahan kat rumah aku sebab Abbang memang tak mengamalkan adab melayan tetamu. Dah 2 kali kucing aku bawak balik lari dari rumah sebab takotkan beliau. Tadi pon hampir nak gaduh, kesian Abbang kene kurung hmm
Geli, gelii sangat time nak sapu ubat. Tapi sebab aku sayang, aku tahan geli. Semoga cepat sembuh sayang sayang aku sekalian :D
Saya pun sukakan kucing. Ada 8 ekor kucing kt umah saya
ReplyDeletekucing tu rasa xselesa kot berbalut.. tu yg di tnggalnya bautan tu
ReplyDeleteMrs. A pun suka kucing.
ReplyDeletePernah terbaca kat blog Namee Roslan kalau nak bagi luruh kudis jenis macam tu sapukan minyak masak recycle yang kita dah pernah buat goreng ikan/ayam ke apa-apa lebih hitam minyak tu lebih baik.
In Sha Allah akan pulih.
Namee Roslan pernah cuba buat kat kucing kurap yang dia kutip.
selalunya bukannya masalah apa dia xleh jalan.. mybe bengkak.. dah bengkak surut, dia akan boleh jln smeula
ReplyDelete