Warung Badik-Badik Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum semuanya :D

Bila tiba bulan Disember Kelantan dengan banjir berpisah tiada. Time sejuk-sejuk macam ni asyik nak makan makanan berkuah panas-panas je kan? Kegemaran Huda selain Tomyam of course la celup-celup 😋 Pastu teringat pulak satu kedai yang jual Mee Celup yang famous kat Kelantan ni iaitu Warung Badik-Badik 😍 Huda singgah sini lama dah time nak hantar kakak Huda naik flight KBR, cuma baru nak buat entry.


Menu Special
Kedai ni terkenal dengan Bihun Celup, Bingsoo dan Fruit Smoothie. Tapi time Huda pergi tu ada jugak Mee Goreng pedas, pon sedap!
Telur Gedik itu adalah WAJIB

Kicap pedas sebagai penambah rasa yummeh! 😋

Fruit Smoothie Mangga dengan Tembikai. Buah fresh sebagai topping baru lah CUN 👍

Tapi Bingsoo diorang memang boleh bawak masuk mimpi. Sodapp!

Lokasi Warung Badik-Badik
Gambar kedai Huda tak snap la pulek sebab tak berniat nak buat entry blog adess 😵 Tapi uols jangan risau sekarang manfaatkan je teknologi sekarang. Guna je waze insyaallah terus jumpa sebab kedai ni tepi jalan je.
Sumber Uncle Gle

Sumber Waze. Yang 27.5Km tu jarak daripada rumah Huda je tau 😄

Waktu Operasi
Waktu Operasi ambik daripada Uncle Gle

So pendapat Huda makanan diorang sedap tapi Bingsoo diorang terbaikkk 👍👍

Post Chicken Pox

Assalamualaikum dan hai semua :D

Entry kali ni Huda nak buat saje-saje buat untuk bacaan masa hadapan incase Huda jadi anak derhaka nak imbas kembali kenangan terkena Chicken Chop Pox di usia 22 tahun  Nak kata kenangan pahit ada jugak manisnya. Nak kata kenangan manis tak semuanya manis. 

Ianya bermula pada Sabtu 5/10, malam tu Huda mengadu kat Abang H tak sedap badan tapi takdela sampai demam.

Hari Ahad Huda pergi kelas pagi elok je sebab dah telan panadol malam tu. Tapi time tengah hari start tak sedap badan balik. Malam tu demam tapi tak syak Chicken Pox.

Isnin tu Huda mintak Abang H tolong hantar Huda pergi kelas. Kalau ikutkan Abang H tak kasi Huda pergi kelas lagi, tapi malangnya hari tu Huda ada Test Introduction to Malaysian Legal System, terpaksa pergi jugak. Nasib baik Abang H hantar, balik kelas tu Huda demam sampai menggigil. Tapi Huda ada mengadu kat Abang H jerawat kat pipi ni pedih-pedih je. Selalunya jerawat kan tak sakit kalau tak usik. Belakang leher pedih-pedih tapi Abang H cakap mungkin bekas Huda garu. Tapi malam tu barula Huda perasan ada biji-biji merah dan berair kat lengan, terus consult umi Huda. Barula tahu Huda rupanya kena Chicken Pox  Ingat lagi ayat umi "Emm mu ni tuo doh baru keno bertih. Mujur nikoh doh kalu dok, kure hantare sebab ado parut" Kata-kata umi sangat menenangkan Huda . Balik rumah MIL malam tu cakap kat MIL Huda kena Chicken Pox, terus MIL cakap kena minum air tawar pastu kena pantang makan. Tak boleh makan makanan berminyak dan telur. Sebagai menantu kesayangan Huda terpaksa akur..

Pagi Selasa tu biji merah memunculkan diri secara berjemaah  Scary sangat sebab Huda tak pernah kena macam tu. Time tu gatal sangat-sangat tapi orang cakap tak boleh garu nanti jadi makin teruk. Jadi Huda menahan nafsu menggaru Huda seboleh yang mungkin. Time tu Huda rasa ni baru sikit ujian Allah bagi. Orang lain yang kena lagi teruk macam mana la agaknya. Insaf kejap.  Nafsu makan tak payah cakap. Huda ni jenis big eater tau tapi time demam semua benda taknak.  Sempat turun 2kg dalam masa 5 hari  MIL Huda jugak bawak balik sebotol air dalam 1.5L yang dah dibaca dengan ayat al-Quran sebab pagi tu MIL join program khatam al-Quran. Diorang bahagi kumpulan dan setiap kumpulan baca sejuzuk al-Quran. MIL pesan sebelum minum tu selawat dan doa untuk kesembuhan sebelum minum. Air tu cuma ikhtiar yang menyembuhkan Allah SWT.. Thank you MIL buatkan Ikan Bakar dengan microwave untuk Huda. Makan dengan nasik kosong sebab MIL cakap kicap gatal. Adess  


Hari Rabu tu Huda bangun dari tidur, segala kegatalan dan bertukar kepada kepedihan  Biji merah semakin memunculkan diri seluruh badan dan menjadi lebih merah. Huda tak sure mana lagi perit, time diorang gatal ke time diorang pedih  Time tu sedih sangat. Nak ambik wuduk nak sentuh muka sendiri pon takut. Bengkak-bengkak dan menggerutu  Tinggal sekejap skincare dan pencuci muka Huda guna. Mandi guna sabun anti-bacteria yang Umi kasi. 
Huda guna untuk rambut, muka dan badan. Abang H pon guna sabun ni jugak untuk cuci tangan selepas sapu ubat kat Huda.

MasyaAllah yang naik kat kepala toksah cita, seksa  Sampaikan Huda paksa Abang H potong rambut Huda. Mula-mula Abang H taknak sebab katanya tak reti. Huda pujuk cakap "Takpela, abang potong je macam mana pon asalkan pendek. Nanti Huda dah sihat Huda pegi baiki kat kedai" Beliau apa lagi, pegang rambut Huda dari belakang then sekali potong je semua. Hasilnya senget tapi comel la jugak  Tak perlu baiki kat kedai dah. Ada bakat rupanya beliau 

Hari Khamis tu alhamdulillah Huda dah tak rasa pedih or gatal dah. Biji merah dan start bernanah. Merah-merah tu sebenarnya memudahkan kerja Abang H sapu ubat. Yela kalau tak nampak sangat merah kena perhati betul-betul. 

Hari Ahad tu Huda dah boleh pergi kelas macam biasa cuma parut je la yang tinggal sampai sekarang. InsyaAllah hilang walaupon ambik masa. Yang penting tak boleh putus asa untuk menghilangkannya.

K Huda tahu boring gila cerita tu but as I say untuk bacaan Huda masa hadapan. Tapi Alhamdulillah Huda kena Chicken Pox kejap je. Huda paling berterima kasih kat Abang H sebab jaga Huda sebaik yang mungkin. Tiap pagi dan sebelum tidur sapu ubat seluruh badan, even Huda dah tido. Lepastu tenangkan Huda time Huda mengadu sakit, dan sebab buatkan air Milo yang sedap untuk alas perut Huda  Oh ya, paksa dan bagi semangat untuk Huda mandi supaya cepat sembuh 

Huda berterima kasih jugak kat Umi Huda sebab supply ubat sapu, ubat makan dan sabun anti-bacteria. Oh ubat yang Huda guna: 
Harga RM20 tapi tiub kecik je. Sekali guna dah habis. Sepanjang Huda sakit Huda guna 4 tiub. Dugaan...

Huda berterima kasih kat MIL yang cantik sebab supply air bacaan alQuran dan prepare ikan bakar. 

Huda berterima kasih kat abah sebab selalu doakan Huda cepat sembuh dan prepare makanan pantang walaupon Huda tak berpantang..

Dan akhir sekali kepada semua yang mendoakan kesihatan Huda, my siblings and friends. Thank you so much Huda sangat terharu..

P/s: Nasib baik Chicken Pox ni naik sekali je seumur hidup. Tak sanggup dahh 

Su Warung Nasi Kerabu Ketereh

Assalamualaikum :D

Entry kali ni Huda nak share satu lagi kedai WAJIB SINGGAH kat Kelantan ni, iaitu Su Warung Nasi Kerabu Ketereh. Kenapa Huda cakap wajib sinnggah? Sebab kat Kelantan ni memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisi salah-satunya makanan pagi kegemaran Huda iaitu Nasi Kerabu. Walaupon kat Kelantan ni banyak kedai yang menjual Nasi Kerabu TETAPI tetapi tetapi tak semuanya sedap uolsss T_T So bagi mengelakkan uols menghadapi penyesalan yang tiada pengakhiran, uols singgah je Su Warung Nasi Kerabu ni, insyallah tak akan menyesal malahan terkenang-kenang di malam hari.

First time ever makan bersama Abang Ipar kedua. Menambah nambah beliau makan nasi kerabu kat sini 🤣


APA YANG SPECIAL KAT SU WARUNG NASI KERABU NI?
 Nama lagi Su Warung Nasi Kerabu semestinya sebab keenakan buah kurma timur tengah Nasi Kerabu Kelantan. Ada beberapa pilihan lauk seperti lauk kambing bakar, ayam bakar dan daging bakar.

Ni yang umi Huda punya. Nasi Kerabu lauk Kambing Bakar add topping bawang putih jeruk dan solok lada. Baru la meriah weyy


Selain daripada Nasi Kerabu ada jugak nasi berlauk ayam dan ikan gulai in case ada orang yang tak makan nasi kerabu. Kuih-muih tradisional yang dijual jugak sedap-sedap 😛

Lokasi
Nak cari kedai ni senang sangat-sangat sebab kedai tepi jalan Kota Bharu-Gua Musang plus ada signboard besar gedabak diorang dah pasang. Even orang serabun Huda pon insyallah akan jumpa. Plus sekarang senang boleh Google atau waze je. Insyallah uols akan dibawa ke jalan yang benar 🤣



Tepek sini buat kenangan pengantin baru 💒


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...