KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
 
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?... 
 
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggaldunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digalisedalam 7 kaki?
 
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum)."Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."
 
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
 
Suami : *Hanya tersenyum*Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak. 
 
wahai wanita,DIRIMU BEGITU BERHARGA
 

seksa meninggalkan solat

solat itu tiang agama .
barangsesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya ,
dan barang sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya

6 seksaan di dunia

  • hilang berkat umurnya
  • hilang keberkatan rezekinya
  • dihilangkan oleh Allah S.W.T tanda orang soleh dari raut wajahnya
  • tidak diakui ia dalam golongan Islam
  • segala amal kebajikan yang dilakukan tidak mendapat pahala
  • Allah SWT tidak akan menerima doanya
3 seksaan ketika menghadapi maut
  • mati dalam keadaan yang hina
  • mati dalam keadaan yang amat lapar
  • mati dalam keadaan yang sangat dahaga walau diberi minum yang banyak
3 seksaan sewaktu di dalam kubur 
  • Allah SWT akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya
  • Allah SWT akan menggelapkan kuburnya
  • Allah SWT akan menyeksanya sehingga hari akhirat
3 seksaan ketika bertemu Allah SWT
  • pada hari kiamat dia akan dibelenggu oleh malaikat
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas ihsan
  • Allah SWT tidak akan mengampunkan dosanya dan akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras


Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang 5 waktu

SUBUH : sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)
ZOHOR : sekali meninggalkannya dosanya seperti membunuh 1 000 orang Islam
ASAR : sekali meninggalkannya dosanya seperti meruntuhkan Kaabah di Masjidil Haram , Mekah
MAGHRIB : sekali meninggalkannya dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri
ISYAK : sekali meninggalkannnya Allah tidak akan redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dari nikmat-Nya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...